Baby corn yang siap diproses. |
Baby corn untuk di tuai |
Tanaman jagung manis untuk produk segar lazimnya memerlukan masa 3 bulan untuk dituai. Biji benih Hibrid atau OP (Open pollination) yang dibeli dengan harga RM 150.00 sekilogram (Hibrid) dan RM 20.00 sekilogram (OP) akan mula berbunga selepas 4-6 minggu ditanam atau lebih awal. Putik Jagung (Baby Corn) yang berukuran 4.5 - 10 cm (2-4 inci) panjang atau 7-17 mm garispusat sesuai di petik. Pastikan aktiviti memetik baby corn dilakukan selepas 5 hari proses pengisian susu (Milking stage). Lewat daripada waktu tersebut biji jagung akan terbentuk dan akan menjadi jagung muda. Pastikan memetik baby corn selepas berlakunya proses pendebungaan dan peringkat pengisian susu jagung. Peringkat ini tongkol jagung masih lembut dan manis jika di makan mentah. Gunakan Buku Panduan Pakej Teknologi Tanaman Jagung Jabatan Pertanian untuk kita mendapatkan waktu sebenar paling sesuai untuk mengutip baby corn. Saya memang berpengalaman dalam mengutip hasil baby corn di ladang.
Terdapat beberapa varieti jagung manis yang sesuai ditanam untuk tujuan menghasilkan baby corn. Antara varieti jagung manis yang ditanam di Malaysia ialah seperti Thai Super Sweet (TSS), Jagung Big Fruit 926, Jagung White-Yellow 723, Jagung Yellow 928 dan Hibrid F1 (1000 dan Hibrid 1001) ada yang banyak hasilkan baby corn. Tongkol baby corn di tuai dengan tangan dan di kumpulkan didalam bakul. Buangkan selaput hijau kulit paling luar beberapa lapisan dan buang atau potong 50% bahagian atas selaput jagung sehingga 1/4 bahagian. Ada juga kaedah lain yang 'togelkan' terus kulit baby corn mengikut kehendak pasaran. Lazimnya untuk pasaran segar di letakkan 4-5 biji baby corn disusun dalam satu bungkusan yang dijual pada harga ladang sekitar RM 1.00 satu peket. Baby Corn perlu dipasarkan segera kepada pengguna untuk mempastikan kesegarannya. Jika hendak disimpan dalam peti sejuk, baby corn boleh tahan sehingga 5-7 hari dengan tahap yang masih segar.
BABY CORN DALAM TIN |
Related articles:
1. Jagung (Klik disini)
2. Benih Sayuran (Klik disini)
3. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
4. Cashflow Jagung (Klik disini)
BABY CORN ....NAMA YANG DI BERI....
CARA MENUAI...POKOK TAK TINGGI...
HASIL BERTAMBAH....TIDAK TERPERI...
JENIS JAGUNG MANIS..SESUAI SEKALI...
By,
M Anem
Air Baloi, Pontian,
Johor
Malaysia
(Saturday Night 18.15 pm)
No comments:
Post a Comment