Wednesday, May 25, 2011

RAMI

Pokok RAMI (Boehmeria nivea) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga URTICACEAE yang ditanam untuk mendapatkan fiber untuk di jadikan tali sejak beribu-ribu tahun dulu. Saya pernah dengar mengenai 'tali rami' semenjak kecil dulu iaitu tali yang sering digunakan untuk mengikat barang-barang belanja dapur pada awal tahun 60'an lagi dan sekarang jarang kita menggunakannya. Terdapat dua jenis pokok rami yang ujud iaitu Rami Sebenar yang juga di panggil 'Chinese Ramie' atau 'Chinese Plant' atau 'White Ramie' iaitu kultivar yang ditanam dan di komersialkan. Jenis rami kedua adalah di panggil 'Rami Hijau' atau 'Green Ramie' yang juga dipanggil 'Rhea' yang pokoknya tumbuh liar dan rendah dipercayai berasal dari Semenanjung Malaysia. Artikel kali ini saya akan mengutarakan tumbuhan rami ini (atau dipanggil sebagai 'Bast Fibre') berdasarkan pembacaan beberapa buku dan carian dalam laman sesawang yang berkaitan.


Pokok Rami merupakan sejenis tumbuhan pokok renek (Herbacious plants) yang tumbuh menegak dengan ketinggian 1-2.5 meter. Fiber rami adalah antara jenis fiber tumbuhan yang paling kuat strukturnya dan mempunyai pelbagai kegunaan. Batang pokok berbentuk selinder dengan ukurlilit lingkung 12-12 mm dan lazimnya mempunyai kulit berwarna hijau. Daun pokok berwarna hijau dan agak berbulu dengan susunan bersilang (alternate) berukuran 3-13 cm lebar dan 10-15 cm panjang. Daunya mengandungi 24-26% protin dan boleh digunakan sebagai sumber makanan ternakan yang baik. Bunga rami berwarna hijau dengan bunga jantan dan betia berada pada tangkai sama dan terdapat 5 sepal tetapi tiada petal. Biji rami dihasilkan dengan banyak dimana setiap gram mengandungi 7,000 biji benih. Akar pokok jenis rizom yang juga menyimpan makanan serta mampu tumbuk untuk pembiakan.

Terdapat lebih 200 spesis tumbuhan ini tetapi hanya beberapa spesis sahaja yang boleh di komersialkan. Pokok rami sesuai ditanam diatas tanah gembur berpasir , tanah lom atau lom berpasir yang mempynyai saliran baik dengan pH 5.5 - pH 6.5. Cuaca panas dengan suhu 25-30 celsius dengan taburan hujan 1,500-3,000 mm setahun adalah amat sesuai. China merupakan pengeluar utama Rami dunia diikuti dengan Taiwan, Jepun, Filipina dan Brazil. Pengguna dan pengimpot utama rami dunia adalah Jepun, Eropah (Jerman, UK dan Perancis) untuk kegunaan domestik. Rami ini digunakan untuk di buat benang jahitan, jaring menangkap ikan , produk tekstil, barangan khemah, Barangan dapur serta perbagai kraftangan. Ada kajian di Jepun yang jadikan pokok rami untuk 'biofuel' dan kebanyakan pokok rami juga digunakan sebagai pokok hiasan ornamental.

Penanaman rami secara komersial lazimnya menggunakan bahan tanaman daripada akar rizom dari pokok yang berumur lebih 2 tahun dan bebas dari sebarang penyakit. Akar rizom dipotong sepanjang 10-15 cm panjang ditanam dengan jarak 45 cm x 60 cm memerlukan benih rizom sebanyak 250 - 275 kg sehektar. Penanaman rami boleh dibuat secara 'intercrop' dibawah pokok kelapa seperi dijalankan di Filipina. Pengapuran ijalankan 1 bulan sebelum menanam. Baja NPK 20:15:15 ditabur 2 bulan lepas tanam dan setrusnya berperingkat2. Pokok rami dijaga dan dituai sehingga berumur 6 tahun sebelum dicabut seluruh pokok dan ditanam baru. Antara musuh tanaman rami adalah Ulat Lipat Daun (Spilosama obliqua) dan Ulat Gulung Daun (Syleptera derogata) dan Ulat Makan daun (Spodoptera exigua). Kawalan dengan menyembur racun serangga jenis Endosulfan pada kadar kepekatan 0.04%. Tidak ada penyakit yang menyerant tanaman rami dilaporkan. Terdapat tanda 'Klorosos' berlaku akibat kekurangan zat makanan mikro. Kalsium dan baja organik.

Pokok rami akan mula dituai beberapa kali dalam setahun (3-4 kali) iaitu pada hari ke 50-45-45 dan 50 hari lepas tanam dengan penghasilan sekitar 1,500 -1,600 kg sehektar. Penuaian dijalankan dengan memotong batang pokok hampir dengan paras tanah dengan pisau tajam (sickle). Pokok akan dibuang dahan dan daun dengan tangan atau pisau dan tinggalkan batang (canes). Kulit dibuang dengan menggunakan mesin pelerai kulit dengan kelajuan 600-700 rpm,. Mesin ini juga menmbuang empulur tengah dan pecahkan batang tersebut. Mesin penmecah batang digunakan untuk menghancurkan dengan meyusun 5-6 batang rami sekali untuk di leperkan. bagi membuang kandungangam dalam fober ,bahan alkali digunakan seperti caustic soda dan sodium tripoly phosphate, soduim carbonate dan sodium silicate. Proses membuang gam juga boleh gunakan mikrobial agen. Hasil rami bergantung kepada cuaca dan engurusan iaitu lingkungan 1,200 -1,600 kg sehektar.

Kajian menunjukkan 10,000 kg bahan hijau rami (batang dan daun ) akan menghasilkan sebanyak 4,000 kg daun (40%) bersamaan 750 bahan kering (7.5%). Selebihnya sebanyak 6,000 kg adalah dalam bentuk batang hijau untuk dijadikan fiber (60%) yang akan di proses menjadi 1,250 kg batang kering (12.5%). Batang Kering inii apabila diproses jadi 350 kg fiber proses yang akhirnya cuma tinggal 200 kg (2%) sahaja hasilan akhir fiber tidak bergam. Kajian pendapatan di India menunjukkan untung kasar tanaman rami sekitar Rs 1.4 juta sehektar (Kira sendirilan bera Ringgit Malaysia). Kadar jualan fiber rami sekitar Rs 3- - Rs 40 satu kiogram manakala jualan akar rizom sebanyak Rs 10 satu kilogram. Tanaman ini memerlukan tenaga buruh murah yang ramai dan keuntungan juga rendah berbanding dengan tanaman industri getah dan kelapa sawit. Malaysia mungkin tidak akan menjadikan rami sebagai tanaman penting kerana faktur pulangan walau pun dalam kajian menunjukkan pokok rami liar adalah berasal dari Malaysia!


POKOKNYA RENEK....POKOK RAMI....
GUNAKAN RIZOM AKAR...BENIH DICARI...
NEGARA KITA.. NAK TANAM TAK BERANI...
TANAMAN TAK POPULAR LAH NI !

Artikel berkaitan:
1. Jut (Klik didini)
2. Sisal (Klik disini)
3. Pandan (Klik disini)
4. Kekabu (Klik disini)
5. Kenaf (Klik disini)
6. Meringgai (Klik disini)
7. Rumbia (Klik disini)
8. Pinang (Klik disini)

By,
M Anem
Pct 11 Putrajaya
Malaysia
(Cuti Rehat Hari ini )

No comments: