Saturday, April 2, 2011

KABAK

KABAK (Tetragonia tetragoniodes) adalah sejenis tumbuhan kategori sayuran daun dari keluarga AZIOACEAE yang popular di Hemisphere Selatan dan boleh di tanam di Malaysia. Mungkin ramai tidak kenal akan tanaman ini yang di percayai berasal daripada New Zealand dan kini popular di tanam di Australia, Tasmania, New Zealand, Jepun, Taiwan, China, Argentina, Chile dan terkini di kawasan Asia Tenggara. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah New Zealand Spinach ; Wariggal Cabbage ; Sea Sipnack, Cook's Cabbage , Botany Bay Spinach,Tetragon (English), Kokihi (Maori), Tetragone cornue (Perancis), Kabak (Malaysia dan Indonesia) dan Ispinaka (Filipina). Artikel pagi ini saya terpanggil untuk menulis mengenai tanaman 'Kabak' berdasarkan maklumat dari buku teknikal "Vegetable in SEA: PROSEA" dan layaran dalam laman sesawang berkaitan.


Kabak atau New Zealand Spinach adalah tumbuhan yang sesuai dengan cuaca agak sejuk dan di kawasan Asia Tenggara di laporkan di tanam di Bagio City (Filipina),di Puncak Indonesia dan mungkin sesuai di tanam di Cameroon Highland dan Kundasang di Malaysia. Ketinggian diantara 1,000 - 1,700 meter dari paras laut sesuai di kawasan Asia Tenggara. Kabak di makan bahagian daun sebagai SALAD sama ada di makan segar atau di celur terlebuh dahulu. Daun Kabak mempunyai rasa agak pahit dan sebaiknya perlu di celur dulu. Kabak mengandungi banyak zat terutamanya Fe dan Ca. Setiap 100 grem kabak mengandungi 93 g air, B-Karotin (4.3 mg), Karbohiderat (3-5 g), Lemak (0.3 g), Ca (58-180 mg), Fe (2.5-3.8 mg), Vitamin B1 (0.03 mg), Vitamin B2 (0.02 mg), Niacin (0.5 mg), Vitamin C (25-30 mg) dan tenaga sebanyak 80 kiloJoule.


Tumbuhan Kabak tumbuh menegak peringkat awal dan kemudian merayap (trailling-ascending) sehingga sepanjang 1 meter. Daun berwarna hijau dengan susunan spiral dan berukuran 1.5-11 cm x 1.5 - 7 cm berbentuk 'ovoid- rhomboid- triangular'. Bunganya adalah bisexual, berwarna hijau di tengah dan kekuningan dibahagian dalam serta berukuran 1.5-2 mm. Buahnya berbentuk 'conical', 'obconical' atau 'globular drupe' dengan 2-5 bentuk tanduk berwarna coklat kehitaman dan berukuran 3-12 mm panjang dan 4-10 mm lebar. Biji benih adalah 'subreniform' dan bercambah dalam masa 2 minggu sehingga 3 bulan.


Penanaman menggunakan biji benih yang direndam dalam aie selama 1-4 jam sebelum di semai di tapak semaian. Anakbenih yang telah mempunyai 5-7 helai daun akan di bah kepada batas tanaman dengan jarak penanaman 50 cm x 100 cm. Penanaman menggunakan keratan jarang dijalankan untuk tanaman kabak. Ada amalan petani yang menabur terus buah kabak yang telah direndam dalam air dimana mengandungi banyak biji terus di atas batas tanaman.


Pembajaan dijalankan dengan memberikan baja organik dan baja sebatian NPK dengan kadar sebanyak 100 kg Nitrojan/ha, 25 kg/ha Potassium dan 150 kg/ha Kaliam. Tanaman ini tumbuh perlahan di negara temperate seperti di New Zealand tetapi cepat membesar di kawasan Asia Tenggara yang mendapat cahaya matahari yang banyak. Antara masaalah serangan penyakit seperti Reput Pangkal dan serangan virus. Serangga yang menyerang seperti Aphid, Hamama, Ulat Makan Daun dan juga Nematods.


Penuaian dijalankan dengan memotong pangkal pokok kabak yang berumur 2-3 bulan selepas di tanam. Tanaman kabak yang mempunyai ketinggian 15 cm atau panjang dahan antara 15-20 cm sesuai di petik. Daun atau pucuk yang dipetik dikumpulkan dan di bersihkan dari kekotoran. Kawasan di tropika lebih cepat penghasilan daun baru berbanding dengan pertumbuhan di kawasan temperate. Laporan menunjukkan penghasilan sebanyak 1.5 kg daun dihasilkan setiap pokok. Purata hasil lingkungan 30 mt sehektar. Daun segar perlu di jual segera kerana mudah rosak kecuali jika di simpan dalam suhu sejuk o celsius dengan kelembapan pada paras 95% untuk simpanan beberapa hari.


Tanaman kabak atau New Zealand Spinach adalah kurang di usahakan kecali untuk pasaran khusus (Niche market) dan boleh di tanam secara komersial jika ada pasaran atau tanaman kecil-kecilan keliling rumah. Kajian mendapati tanaman ini mudah tumbuh dan cepat membesar dan kurang menghadapi serangan serangga perosak dan penyakit. Di negara seperti New Zealand tanaman ini kurang diminati kerana perlukan tenaga kerja yang banyak untuk kerja-kerja mengutip hasil. Potensi tanaman ini di majukan di Malaysia tetap ada jika R&D mencukupi dan pasaran yang sesuai.


NAMA NEW ZEALAND SPINACH....ITU KABAK...
SESUAI DITANAH TINGGI....SAYA DAH AGAK...
DAUN DI PETIK... DIMAKAN MACAM SALAD...
KALAU DAH RASA....JANGAN MINTAK-MINTAK...


By,
M Anem
Muar
Johor
Malaysia

No comments: