RUMPUT ISRAEL (Asystasia gigantica L) merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai dari keluarga Acanthaceae dan kingdom Plantae yang banyak tumbuh di negara kita. Rumput Israel mendapat nama 'Israel' di Malaysia berdasarkan kepada kemampuannya membiak dengan cepat di kawasan kebun dan tepi jalan dan berperangai macam orang Israel yang agaknya merampas kawasan negara Palestin. Rumpai ini merupakan musuh utama kepada petani-petani di Malaysia kerana ianya cepat membiak dan di dapati menggunakan ruang dan menggunakan banyak baja dalam tanah. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini ialah Chinese Violet, Coromandel, Creeping Foxglove dan Asystasia (English). Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai maklumat mengenai rumput Israel berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman bertugas dalam bidang pertanian selama 33 tahun.
Rumput Israel tumbuh diseluroh dunia dimana mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Tidak dapat di pastikan asal-usul rumput Israel ini tetapi di percayai jenis Asystasia gigantica adalah dari Benua Asia (mungkin Asia Tenggara) dan jenis Asystasia micranta dari benua Afrika. Terdapat 14 lagi nama-nama rumput Israel diseluroh dunia iaitu A. parvula, A. querimbensis, A. pubesens, A. subhastata, A. quartena , A. scabrida, A. floribunda, A. coromandeliana, Justicia gagentica, A. acuminata, A. micrantha, A. multiflora, A. anselliondes dan A. podostarchy. Rumput ini mudah didapati di Amerika dan Hawai serta kawasan Australia Utara dan Barat.
Rumput Israel adalah sejenis tumbuhan RUMPAI yang Renek (Herbs) dengan ketinggian 60 cm dan jika mendapat sokongan atau merambat mampu hidup setinggi 1 meter. Batangnya berwarna hijau gelap dan mampu menjalar atau memanjat sokongan melalui cara lilitan. Batangnya mempunyai ruas-ruas dimana mudah akarnya keluar dari setiap ruas (nodes) yang mencecah tanah atau bahagian pokok yang boleh diambil makanan seperti di celah2 batang kelapa sawit. Daunya berbentuk mudah ddengan susunan bertentangan (opposite). Akarnya merupakan akar serabut yang mudah tumbuh apabila mencecah tanah dan lain-lain lokasi sesuai. Tumbuhan ini agak tahan dengan keadaan lembab dan kering yang agak panjang.
Bunga rumput Israel berbentuk corong atau macam-macam bentuk berwarna putih, putih-ungu atau ungu. Bunga rumput Israel yang berwarna garang seperti putih, ungu atau kebiruan sebenarnya mengandungi nektar manis atau gula yang sangat disukai oleh lebah, semut, kumbang dan berbagai serangga yang memakan nektar. Pemerhatian saya mendapati bunga rumput Israel adalah sumber nektar dan debunga yang sangat digemari oleh Lebah Keran (Apis cerana). (Lihat foto Keran). Apabila bunga telah menjalani proses pendebungaan maka akan terjadi buah. Buah rumput Israel berwarna hijau ketika muda dan kecoklatan apabila matang. Buah ini akan 'MELETUP' dan mencampakkan bijinya sejauh 1 meter atau lebih. Biasanya benih tersebut akan mudah hidup untuk proses pembiakan. Proses pertumbuhan anakbenih kepada tumbuhan dewasa sangat cepat iaitu dalam masa beberapa minggu sahaja untuk terus berbunga dan berbuah dan meletupkan bijinya.
Pemerhatian saya di Kampong Parit Bengkok Gersik, Muar , Johor dimana keliling rumah adalah tanaman kelapa sawit dalam tanah gambut, banyak rumput Israel tumbuh terutama di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari dan kawasan tepi parit utama. Kawasan tanaman getah juga mudah rumput israel tumbuh dan ini menyusahkan petani dan perlu di musnahkan. Rumput ini segar di waktu pagi dan agak layu sewaktu tengahari terutama musim panas. Keadaan hujan dan panas silih berganti dengan tiupan angin kuat mempercepatkan proses pembungaan dan pembiakan rumput Israel. Saya ada letak 2 haif yang mengandungi lebah keran dan dapat juga madu 5 botol pada tahun 2002 dulu. Tapi apa nak buat apabila semua lebah telah mati apabila jiran saya menyembur racun rumpai Basta pada rumput israel dikebunnya dan lebah yang makan nektar semuanya mati.....itu datang ilham tulis lagu "Madu dan Racun".
Rumput Israel adalah masalah kepada petani kerana rumput ini sangat kuat makan baja dan air serta mengambil ruang atau menutupi ruang tanah. Pemerhatian saya mendapati jika rumput ini tidak dikawal akan memenuhi keseluruhan ruang tanah dalam kebun sayur, ladang kelapa sawit dan ledang getah sehingga mempu mengurangkan hasil sehingga 25%. Kawalan lazimya menggunakan racun rumpai jenis Racun Sentuh (Contact Weedicide) untuk keadaan belun serious dan kadang-kadang jika terlalu tebal perlu digunakan racun rumpai jenis Sistemik (Systemic weedicide). Kaedah manual kawalan dengan menebas atau mencabut (mudah dijalankan di tanah gambut) kerana akar yang cetek dan batang yang ampuh. Kegunaan rumput Israel ada juga.
Terdapat beberapa negara yang menggunakan rumput Israel sebagai sayuran seperti di Afrika (Jenis agak berlainan dengan yang ada di Malaysia iaitu Asystasia micrantha). Selain itu tumbuhan ini juga di percayai dapat mengubati penyakit Lelah atau Asthma. Rumput ini juga sesuai dijadikan bahan makanan untuk ternakan Lembu, Kambing dan yang terkini Arnab. Rumput ini di potong dan di bawa kekandang lembu atau kambing untuk dimakan. Kandungan selulos dan protin yang tinggi membuatkan ianya sesuai untuk maknan ternakan ruminan. Arnab merupakan ternakan paling suka makan rumput Israel dan sesuai sebagai makanan tambahan selain daripada makanan 'pellet' yang di beli dari kilang.
Ramai penternak arnab bertanya kepada saya bagaimana hendak menanam rumput Israel ini untuk makanan arnab. Rumput Israel juga digunakan sebagai pokok hiasan atau ornamental oleh pengemar-pengemar landskap dan taman-taman. Bunganya yang putih atau ungu jika di gabung dan disusun akan menghasilkan permandangan yang cantik. Rumput Israel juga sesuai untuk dijadikan sebagai penahan hakisan terutama di kawasan tepi parit, sungai atau lebuhraya yang sesuai. Walau pun ianya tidak dikategorikan sebaik rumput penahan hakisan khusus tetapi fungsinya untuk menghalang hakisan adalah signifikan. Saya juga mendapati ada sesetangah ladang sawit menggunakan rumput Israel sebagai tanaman penutup bumi secara semulajadi (Lihat foto diatas). Kawasan keliling Pokok Sawit atau Getah di bersihkan dan diantara barisan dibiarkan rumput Israel hidup sebagai penutup bumi.
Rumput Israel mudah di tanam dan jika ada pihak yang hendak menanam atau membiakan rumput Israel bagi tujuan makanan arnab contohnya boleh menanam rumpai tersebut. Pastikan kawasan yang hendak di tanam dengan rumput Israel berdekatan dengan kandang ternakan arnab. Tanah tersebut sama ada tanah mineral atau gambut sepatutnya mendapat caha matahari atau pun jika ada sedikit lindungan 40-60% memadai. Bersihkan kawasan dari sebaraang tumbuhan lain dan sebaikan tanah digemburkan. Berikan baja organan di atas tanah dan ambil pokok sedia ada bersama-sama tanahnya untuk ditanam. Penggunaan biji benih rumput Israel yang matang boleh digunakan dengan mengutip dan menabur diatas tanah. Menanam musim hujan mempercepatkan pertumbuhannya. Buang rumput2 lain dan biarkan Asystasia sahaja yang tumbuh dan sentiasa potong batang atau daunnya untuk di beri sebagai makanan arnab. Untuk ratoon bubuh baja organan dengan kadar 4-6 mt/ha dan Urea.
Kebanyak petani menganggap rumput Israel sebagai musuh mereka dan perlu dihapuskan. Kini terdapat golongan yang mula memenafaatkan rumput Israel iaitu Penternak Lebah Madu dan juga Penternak Arnab. Kajian dan penelitian terhadap rumput Israel ini perlu diteruskan untuk mempastikan ianya tidak mengancam industri pertanian negara dan memberikan alternatif untuk pengunaan tumbuhan ini. Mungkin satu hari nanti rumput ini akan dijadikan sebagi salah satu daripada makanan kesihatan dalam bentul kapsul atau teh jika banyak kajian dijalankan. InsyaAllah.
RUMPUT ASISTASIA... ISRAEL NAMANYA...
CEPAT MEMBIAK...BIJI MELETUP JAUHNYA...
KURANGKAN HASIL.... ITULAH AKIBATNYA...
ARNAB MAKAN....CARA MENGATASINYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Taman Cendana Air Keroh
Melaka Malaysia
(Kemaskini pada 24 Jun 2013)
No comments:
Post a Comment