Monday, March 14, 2011

Chacha Layar

CHACHA LAYAR (Monorchoria spp) adalah satu nama yang agak asing dalam Bahasa Melayu yang jarang kita dengar di Malaysia. Tumbuhan dari keluarga PONTEDERIACEAE ini merupakan tumbuhan akuatik yang terdiri dari 8 spesis dimana dua spesis iaitu Monochoria hastata dan Monochoria vaginalis paling banyak didapati iaitu berbeza dari segi struktur tumbuhan, daun dan juga lokaliti. Tumbuhan ini terdapat di benua Afrika, Asia dan Australia yang digunakan sebagai sayuran dan untuk perubatan tradisional. Tumbuhan ini tumbuh secara liar dan semulajadi dalam kolam, taliair dan pada tasek yang sesuai. Nama lain Chacha Layar adalah seperti hastate-leaved pondweed (English), eceng gede ; wewehan ; bia-bia (Indonesia), chacha layar ; kangkung air (Malaysia), phaktop thai ; phakpong (Thailand) bagi spesis Monochoria hastata. Bagi Monochoria vaginalis pula tumbuhan ini dipanggil sebagai Kelayar; Keladi Agak (Malaysia), oval-leaved pondweed (English), Biga-bigaan (Filipina), khakkiat ; phakin (Thailand) dan eceng leutik (Indonesia). Artikel ini saya menulis teknologi tanaman Chacha Layar berdasarkan kepada buku teknikal sayuran "ASEAN: Prosea Book" dan pengalaman persendirian penulisdalam bidang pertanian selama 30 tahun.


Tumbuhan Chacha Layar merupakan tumbuhan herba jenis akuatik yang tumbuh menegak sehingga 2-3 meter bagi spesis besar (Monochria hastata) dan 3 cm - 50 cm bagi spesis renek (Monochoria vaginalis) diatas air dalam air tawar. Batangnya mempunyai rizom, akar serabut dan daunya lebar dengan petiol yang panjang. Bunganya merupakan jenis komposit berjambak yang mempunyai banyak petal dan berwarna pink atau keputihan serta menjalankan pendebungaan sendiri. Pembentukan biji benih akan berlaku selepas 10-15 hari selepas proses pendebungaan. Buahya berbentuk 'loculicidal capsule' yang mengandungi banyak bijibenih (Lihat foto diatas). Biji benih kangkung air ini berbentuk ovoid atau selinder seperti berkepak dengan berwarna coklat kehitaman.


Selain digunakan sebagai sayuran yang di masak, terdapat penduduk di kawasan Asia Tenggara yang memakan mentah chacha layar sebagai ulam atau salad. Akar tumbuhan ini juga di jadikan sayuran setelah di masak seperti mana amalan penduduk kampong di Indonesia dan Filipina. Bahagian akar tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan gatal-gatal, ubat sakit perut dan mengubati sakit pada hati. Jus rebusan akar juga didakwa dapat mengurangkan sakit semput (asthma) dan sakit gigi. Kajian di makmal mendapati kandungan setiap 100 gram chacha layar adalah air (88.6 g), Protin (1.0 g), Lemak (0.2 g), Karbohiderat (3.8 g), Vitamin A (1,000 IU), Vitamin B (0.08 mg), Vitamin C (30 mg), Ca (80 mg), P (45 mg) dan tenaga sebanyak 75 Kilojoule.


Chacha Layar atau Rumpai Kolam (Pondweed) atau Kangkung Air ada yang di tanam secara serious di Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia tetapi tiada rekod pengeluaran dan keluasan yang direkodkan. Pembiakan chacha layar adalah melalui biji benih yang terhasil daripada buah yang gugur apabila matang dan akan bercambah dalam air. Bagaimana pun kaedah pembiakan dengan membahagikan (partition) akar rizom batang adalah lebih cepat, cekap dan mudah. Tumbuhan ini lazimnya tumbuh secara semulajadi dikawasan yang sesuai dan mampu membiak sendiri dengan cepat tanpa perlu dibiakan oleh manusia. Tumbuhan ini juga merupakan 'musuh rumpai tipikal' di kawasan sawah padi. Apabila sawah padi dikeringkan untuk kerka-kerja menuai, tumbuhan ini akan mati semua akan tetapi apabila ada air masuk maka biji benih dalam sawah akan cepat tumbuh semula. Bagi kawasan sawah padi yang penuh dengan 'pondweed' ini akan menjejaskan hasil padi dengan ketara sehingga 15-20% pengurangan hasil.


Tumbuhan ini merupakan satu ancaman kepada pesawah padi dan sangat perlu untuk dikawal pertumbuhannnya dengan menggunakan racun kimia. Penyemburan racun kimia akan membunuh tumbuhan ini dan juga amalan kawalan secara manual dengan mengeringkan sawah dan membuang secara manual. Kajian mennyeluruh mengenai tumbuhan ini perlu dibuat di atas kegunaan dari segi saintifik kerana bahan mentah mudah diperolehi untuk diproses kepada produk berguna. Artikel ini di harap memberikan maklumat berguna kepada pembaca.



KANGKUNG AIR....JUGA CHACHA LAYAR.....
DALAM KOLAM....DIA TUMBUH SEGAR....
DALAM SAWAH PADI...ANCAMAN TEGAR....
PERLU DI KAJI....KEGUNAANNYA DIBAYAR....


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
1.45 pagi

No comments: