Cauliflower (Brassica oleracea L. cv groups) dan Brocolli merupakan sejenis sayuran dari Keluarga Cruciferae atau Kerlauga BRASSICEAE yang digunakan sebagai sayur-sayuran dan salad dalam penggunaan seharian. Perkataan 'Cauli' (bermaksud Kobis) dan 'Flower' (Bermaksud bunga) meninjukkan bahawa tumbuhan ini adakan pokok kobis yang di ambil bahagian bunganya. Terdapat beberapa kumpulan Cauliflower iaitu B. oleracea var botrytis , B. cauliflora dan B. botrytis. Bagi Broocolli pula adalah B. oleracea var italica. Cauliflower ini juga di gelar Kobis Bunga (Malaysia), blumkol; kol bunga ; kobis bunga (Indonesia),Chou-fleur (Peranchis), Cauliflower (English), kalam-dok (Thailand), phkaa spei (Kemboja) dan koli flawa (Papua New Guinea). Brokoli pula di gelar sprouting brocoli ; calabrese (English), Chou brocoli (French) dan brokkholi (Thailand). Cauliflower adalah kobis bunga berwarna PUTIH dan Brokoli adalah kobis bunga berwarna HIJAU. Artikel ini saya cuba kongsi maklumat mengenai teknologi tanaman cauliflower dan brokoli berdasarkan beberapa buah buku dan pengalaman menanam tanaman tersebut pada tahun 1996-1999 ketika bertugas di Mersing.
Tanaman cauliflower adalah berasal dari kawasan Meditrenean sebelum di sebarkan ke Eropah, Amerika dan seluruh Asia. Pengeluaran cauliflower dunia lingkungan 8.5 juta tan setahun dengan China sebagai pengeluar utama (120,000 ha) diikuti dengan India (90,000 ha), Perancis (45,000 ha), USA, Mexico dan juga Itali. Di kawasan Asia Tenggara saya dapati Thailand merupakan pengeluar utama (4,000 ha /tahun), Indonesia (2,500 ha/ tahun) dan Vietnam (1,500 ha/ tahun). Malaysia menanam sekitar 350-500 hektar setahun terutama di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland dan Kundasang. Penanaman Brokoli pula tiada data lengkap kerana kebanyakannya dilaporkan bersama data cauliflower. Pengeluar brololi terbesar adalah USA (26,000 ha/tahun) diikuti dengan Taiwan, UK, Italy dan Spain.
Tanaman cauliflower adalah berasal dari kawasan Meditrenean sebelum di sebarkan ke Eropah, Amerika dan seluruh Asia. Pengeluaran cauliflower dunia lingkungan 8.5 juta tan setahun dengan China sebagai pengeluar utama (120,000 ha) diikuti dengan India (90,000 ha), Perancis (45,000 ha), USA, Mexico dan juga Itali. Di kawasan Asia Tenggara saya dapati Thailand merupakan pengeluar utama (4,000 ha /tahun), Indonesia (2,500 ha/ tahun) dan Vietnam (1,500 ha/ tahun). Malaysia menanam sekitar 350-500 hektar setahun terutama di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland dan Kundasang. Penanaman Brokoli pula tiada data lengkap kerana kebanyakannya dilaporkan bersama data cauliflower. Pengeluar brololi terbesar adalah USA (26,000 ha/tahun) diikuti dengan Taiwan, UK, Italy dan Spain.
Cauliflower dan Brokoli digunakan sebagai sayuran berbentuk salad, dimasak, di sejukbeku dan juga di proses sebagai jeruk dan lain-lain. Sayuran ini tinggi kandungan Kalsium dan Vitamin C. Setiap 100 g sayuran ini mengandungi 88 g air, protin (4 g), Karbohiderat (6 g), Lemak (0.03 g), Fiber (1.5 g), Kalsium (25 mg), Kalium (325 mg), Karotin (200 mg), Vitamin C (100 mg) dan tenaga 245 kJ. Kandungan Brokoli lebih tinggi Karotin (800 mg), Ca (150 mg) dan juga Vitamin C (100 mg). Kajian saya mendapati berat 1,000 biji benih cauliflower lingkungan 3-4 gram.
Tanaman cauliflower dan brokoli adalah renek dengan ketinggian 50-80 cm pada masa tampang dan setinggi 90-150 cm semasa berbunga. Akarnya berserabut dengan kedalaman 30 cm dalam tanah. Batangnya berwarna hijau tidak bercabang, tebal, 20-30 cm panjang menegak. Daunnya berwarna hijau berbentuk 'rosette' ,oblong berukuran 15-25 cm panjang dan mengelilingi bunga. Bunga Kobis ini berbentuk 'curd' yang berwarna putih atau hijau atau lain2 warna seperti ungu dsb berukuran 40 cm x 50 cm dengan 10-40 cm garispusat.
Penanaman cauliflower dan brokoli menggunakan biji benih sebanyak 300-350 gram sehektar. Kawasan yang sesuai dari kawasan tanah tinggi Cameroon Hidhland atau Kundasang dan juga tanah rendah yang subur. Batas penanaman disediakan dan diberikan baja organik. Kawasan tanaman mestilah mempunyai sumber air mencukupi, cukup cahaya matahari dan tidak mudah banjir. Benih Cauliflower dalam kelembapan 6% tahan sehingga 4-6 tahun. Benih disemai bercambah 3-4 hari dalam kotak semaian dan boleh diubah keladang dalam masa 30-40 hari dengan 7-9 helai daun. Lazimnya di kawasan sejuk Asia Tenggara yang melebihi 800m ketinggian bersuhu 18-20 darjah celsius cauliflower tumbuh subur. Kepadatan tanaman cauliflower 20,000 -35,000 pokok sehektar.
Pembajaan dilakukan dengan baja organik sebanyak 20 mt/ha dan juga baja NPK 15:15:15 peringkat tampang dan baja 12:12:17:2 untuk peringkat pembungaan. Kekurangan unsur Nirtojan akan dilihat bila saiz daun dan bunga mengecil. Cauliflower dan brokoli sangat perlukan unsur pekit Magnesium, Boron dan Manganese melalui pembajaan dengan Borax, GML dan amonium molybdate. Kekurangan unsur ini menyebabkan pembentukan bunga tidak seragam atau tidak terbentuk langsung. Penggunaan sungkupan penting dari peringkat awal penanaman. Penanaman dalam polibeg disekeliling rumah juga sesuai dijalankan. Kerja merumput peringkat awal boleh menggangu pertumbuhan pokok yang sensitif. Bunga yang terbit perlu ditutup dengan daun tua untuk mengekalkan warna dan elakan sinaran matahari yang akan menjadikan warna jadi kuning atau pink. Varieti baru cauliflower biasa mempunyai helaian daun di keliling bung untuk melindunginya.
Penyakit dan perosak sama seperti tanaman kobis bulat. Di Malaysia Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium) , Penyakit Downy Mildew/ Kulapok Berdebu (Peronospora parasitica) dan Reput Hitam (Plasmodiospora brassicae) boleh menyebabkan pembentukan bunga cauliflower tidak terbentuk. Penyakit lain menyerang cauliflower adalah seperti Penyakit Black Leg (Phoma lingam), Penyakit Powdery Mildew (Erysiphe polygoni), Penyakit Karah (Alternaria brassicae), Penyakit Damping-off (Phytium ultimum), Penyakit Reput Batang (Rhizoctonia solani) dan Penyakit Soft Rot (Ervinia caratovora). Kawalan dengan menjalankan giliran tanaman, varieti resistan dan racun kimia. Nematod (Meloidogyne spp) juga sering menyerang tanaman ini.
Terdapat banyak serangga perosak yang minat untuk makan dan musnahkan cauliflower dan brokoli. Serangga perosak tersebut adalah seperti Kupu2 Diamond Black Moth (Plutella xylostella), Ulat potong daun/cutworm (Spodoptera litura atau Agrotis spp), Ulat Kupu2 Kobis (Pieris canidia), Aphid (Aphid spp) dan juga lain-lain serangga. Kawalan dengan menggunakan racun serangga jenis sistemik atau kontek sangat TIDAK DISYORKAN kerana boleh mengganggu pembentukan bunga kobis. Lazimnya pendekatan Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) seperti giliran tanaman, Penggunaan BT, Perangkap serangga, pherommone digunakan.
Penuaian cauliflower dikawasan sejuk lingkungan 60-120 hari selepas mengubah keladang. Dikawasan tropika terdapat varieti yang boleh dituai dalam masa 40-55 hari sahaja. Pengutipan bunga cauliflower dijalankan 1-2 minggu. Bunga kobis dituai dengan memotong tangkai/batang sepanjang 10-15 cm dengan pisau tajam dan kekalkan daun2 yang mengelilingi bunga. Anggaran hasil cauliflower sebanyak 12-30 mt sehektar dan bagi brokoli sebanyak 4-10 mt sehektar. Hasil lebih tinggi di kawasan tropika dengan ketinggian tanah tinggi melehihi 1,000 meter dari aras laut. Dikawasn temperate biji benih sebanyak 200-600 kg dihasilkan dalam satu hektar. Cauliflower segar bertahan 3 minggu dalam suhu sejuk 1 celsius.
Industri tanaman caukiflower dan brokoli di Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk pasaran domestik dan ekspot. Isu utama penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber bekalan benih yang hanya dihasilkan oleh negara2 temperate sahaja. Masaalah serangan perosak dan penyakit juga menjadi satu cabaran kepada penanaman kobis bunga. Pengalaman saya menanam cauliflower dan brokoli di Mersing pada tahun 1996-1997 menunjukkan ianya sesuai juga di tanam disekiling rumah sebagai tanaman dalam program buku hijau.
TANAM CAULIFLOWER.....TANAM BROKOLI....
DITANAH RENDAH...APA LAGI TANAH TINGGI...
BENIH DIIMPOT...DARI LUAR NEGERI....
HASIL DIJUAL...MAKANAN BERGIZI...
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
No comments:
Post a Comment