Durian Belanda ( Anona muricata) merupakan sejenis tanaman buah-buahan dari keluarga ANONACEAE yang ditanam di Malaysia untuk penghasilan buah. Durian belanda atau di panggil Soursop (English), Sirsak (Indonesia) dan beberapa nama lagi merupakan tanaman yang ditanam secara kecil-kecilan di keliling rumah dan hanya terdapat beberapa petani di Pontian, Kluang dan Muar Johor yang saya pernah lawat menanam durian belanda secara komersil. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat mmenganai khasiat daun durian belanda berdasarkan maklumat yang saya baca dari Majalah Trubus dan pengalaman penulis semasa bertugas di Johor selama 14 tahun.
Buah Durian Belanda ada yang manis, masam-manis, sederhana masam manis dan paling banyak yang masam rasanya. Ketika saya berbual dengan Tuan Hj Sanusi pada tahun 2002 (Mantan Pengarah Pertanian Johor), beliau memang mengetahui khasiat buah durian belanda untuk mengurangkan sakit Gout (Penyakit bisa pada pergelangan kaki). Buah durian belanda yang segar serta masak dikupas kulitnya dan dimakan oleh pesakit dimana didakwa dapat mengurangkan kesakitan tersebut. Itu kali pertama saya dengar bagaimana buah durian belanda dikaitkan dengan alam perubatan. Kemudian saya melawat satu kebun di Air Baloi , Pontian Johor bagi meninjau projek tanaman durian belanda secara komersial dan mendapati permintaan serta harga buah durian belanda segar mencapai RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram. Hasil buah dari kebun tersebut di jual di Johor Bahru dan mendapat permintaan yang amat tinggi dari Republik Singapura. Mereka datang kekebun tersebut dan buat tempahan setiap bulan dan ini meyakinkan petani tersebut memperluaskan kebunnya.
Maklumat dari majalah Trubus keluaran edisi terkini (Januari 2011) saya dapati ada kajian secara klinikal mengenai penggunaan daun durian belanda untuk tujuan perubatan. Dakwa majalah tersebut daun durian belanda yang dipilih dari Daun ke 4 dan ke 5 daripada hujung adalah pilihan terbaik untuk diproses bagi tujuan perubatan terapi. Daun tersebut didakwa mempunyai kandungan acetogenins yang bersifat anti kanser sel-sel aktif pada manusia. Daun tersebut mesti di petik dari pokok yang sihat , subur dan tiada pencemaran disekitar kebun dan perlu di rebus beberapa jam. Ambil 10 helai daun durian belanda tadi dan masukan dalam 3 gelas air bersih dan rebus sehingga mendidih dan kemudian disejukkan secara semulajadi. Minum sebanyak 3 kali sehari berturutan iaitu waktu pagi, tengahari dan petang dan amalkan setiap hari untuk 2 minggu. Ada laporan untuk meningkatkan keberkesanan juga majalah tersebut mengesyorkan agar pesakit makan buah durian belanda segar setiap hari.
Laporan tersebut menyatakan daun durian belanda mengandungi bahan acetogenins yang sangat aktif dalam merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan manusia terutama sel kanser payudara, sel kanser prostat, sel kanser rahim , sel kanser paru-paru, sel kanser usus, sel kanser ginjal , sel kanser pankreas dan beberpa jenis sel kanser lagi. antara kajian menunjukkan kandungan bahan aktif adalah seperti muricatocins A, muricatocins B , annonacin A, trans-isonannonacis, annonacin-10-one dan juga muricatocin. Kesan terapi juga di dakwa lebih 10,000 kali lebih baik dari rawatan melalui kemoterapi yang agak convensional.
Kalau kita mempunyai kawasan yang sesuai untuk tanam pokok durian belanda di keliling rumah bolehlah dapatkan benih tanaman durian belanda dari nurseri. Jarak tanaman disyorkan untuk kebun komersial adalah 6 meter x 6 meter memberikan kepadatan 278 pokok sehektar. Potensi hasil adalah sebanyak 7,000 kg sehektar pada tahun ke 3-4 dan akan meningkat kepada sebanyak 15-10 mt sehektar pada tahun 5-8 tahun selepas ditanam. Bagi mereka yang tiada kawasan luas boleh menanam pokok durian belanda di dalam pasu besar (untuk tujuan pengeluaran daun durian belanda). Beli beberapa anak benih pokok durian belanda dan tanam dalam bekas atau pasu yang besar dan berikan baja organik mengikut kadar disyorkan.
Kalau hendak mencuba minum air rebusan durian belanda boleh berbuat demikian sebagai minuman herba seperti juga kita minum teh atau air mas cotek. dapatkan nasihat doktor jika ada apa-apa kesan sampingan yang berlaku. air rebusan daun durian belanda yang seperti air 'Teh-O' mungkin akan menggantikan teh biasa disamping mendapatkan khasiat yang didakwa oleh majalah tersebut.
SELAMAT MENCUBA!
Related articles:
1. TEH (Klik disini)
2. KOPI di MALAYSIA (KLik disini)
3. COLA (Klik disini)
4. TEBU EKSPOT (Klik disini)
5. MATE' (Klik disini)
Oleh,
M Anem
Lepas baca Artikel Trubus
Melaka
MALAYSIA
No comments:
Post a Comment