Friday, January 21, 2011

GAMBIR



POKOK GAMBIR (Uncaria gambir) adalah sejenis tanaman kategori herba dari keluarga RUBIACEAE (tanaman bergetah) yang ditanam banyak di Indonesia dan sedikit sangat (atau tiada) di Malaysia. Di Johor terdapat satu bandar dekat kampung saya iaitu BANDAR BUKIT GAMBIR yang dahulu pernah ditanam banyak dengan tanaman gambir di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar untuk ekspot. Kini tinggal nama sahaja yang tinggal dan semasa saya bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar/Ledang tidak pernah melaporkan keujudan tanaman gambir di Bukit Gambir. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat berkaitan tanaman gambir berdasarkan beberapa rujukan dibeberapa majallah dan pemerhatian semasa membuat lawatan belajar di Indonesia dahulu.


Gambir adalah sejenis getah yang dihasilkan daripada ekstrak perasan daun dan dahan pokok gambir yang ditanam. Tanaman gambir sesuai ditanam dikawasan rendah sehingga kawasan lereng-lereng bukit atau gunung yang mempunyai saliran baik serta pancaran matahari mencukupi. Tanaman gambir mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan daun berbentuk oval yang licin berwarna hijau. Bunganya berbentuk majmuk dengan warna merah muda atau hijau seperti mahkota. Bahagian yang dituai adalah daun dan dahan yang akan diproses untuk menghasilkan getah gambir.


Bunga pokok gambir.
Gambir mengandungi banyak katekin (Catechin) sebanyak 51%, flavanoids (terutama gambirin), unsur penyamak (22.5%) dan beberapa jenis alkoloid seperti gambirtanin. Gambir secara tradisional digunakan untuk makan sirih semenjak 2000 tahun dulu di Indonesia, Papua New Guinea dan India. Semasa saya melawat Myanmar pada 2009 juga mendapati orang lelaki di Myanmar suka makan sirih dengan pelbagai bahan menyirih termasuk gambir agaknya! Hampir setiap penjuru pekan di Yangoon ada kedai kecil atau troli yang menjual sirih dan ramuannya. Kegunaan lain gambir adalah untuk dibuat ubat, bahan cat dan perwarna pakaian.


Pucuk daun gambir
Majalah Trubus ada menceritakan bagaimana seorang petani iaitu En Hepni di Simpangkapuk, Jawa menghasilkan sebanyak 3-4 tan daun dan dahan gambir dari 1.5 hektar kebun sekali tuaian. Musim menuai biasanya 2 kali setahun iaitu pada bulan March dan bulan September setiap tahun. Setelah di proses hasilnya adalah sebanyak 200 kg gambir kering. Kajian penulis mendapati setiap 1 kg gambir memerlukan 20 kg bahagian daun dan batang segar. Daun kering yang telah di proses dipadatkan dan dikeringkan dimana kemudian dibentuk seperti palet bersaiz besar. Harga jualan gambir di Indonesia diantara Rp 20,000 - Rp 25,000 sekilogram. (RM Malaysia kira sendiri berapa ringgit setiap 1 kg?)...


Bungkah gambir padat.
Pembajaan dengan NPK 15:15:15 dengan kadar 200 kg sehektar dilaporkan dapat meningkatkan penghasilan daun dan dahan gambir kepada 5-6 kg daun satu rumpun pokok sedangkan jika tidak dibaja langsung cuma menghasilkan sebanyak 2.5 - 3 kg serumpun sahaja. Pokok akan dituai selepas 1.5 tahun ditanam dengan anggaran daun sebanyak 2,000 kg /hektar daun basah segar atau sebanyak 100 kg daun gambir kering. Kemuncak penghasilan adalah pada tahun ke 3 - 7 dengan purata penghasilan sebanyak 7.5 mt setahun. Indonesia terutamanya Sumatra merupakan pengeluar produk gambir terkemuka di dunia. Tanaman gambir di Malaysia bukan merupakan satu komoditi yang diminati masa kini.


KE BUKIT GAMBIR.....MEMBELI BELAH....
CARI POKOK GAMBIR....DIMANA ENTAH....
ARTIKEL GAMBIR.....DI TULIS SUDAH....
PEMBACA DAH FAHAM....JANGAN TAK ENDAH....


Related articles :
1. Akta Dadah Merbahaya Malaysia (Klik disini)
2. Pokok Ganja (Klik disini)
3. Opium (Klik disini)
4. Pokok Ketum (Klik disini)
5. Mas Cotek Tanah Gambut (Klik disini)
6. Belalang Kunyit (Klik disini)


By,
M Anem
Rehat Hari Sabtu
Putrajaya
Malaysia

No comments: