SELOM (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tanaman kaegori ulam-ulaman dari keluarga Umbelliferae yang terdapat di Malaysia. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi terdapat juga sehingga di Selatan China, Pakistan, Jepun dan juga Taiwan. Nama-nama lain bagi Selom adalah seperti Pennywort (English), Pampung (Jawa), phakan (Thai) dan sebagainya. Kebanyakkan selom digunakan sebagai ulam dan didapati tumbuh dikawasan liar semulajadi dan kenudian ditanam disekeliling kawasan rumah. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai tanaman selom dari pembacaan buku teknikal, pemerhatian dan kajian mudah (simple study) sebagai orang dalam bidang pertanian selama 30 tahun.
Selom di Malaysia ditanam sebagai tanaman sampingan dan tidak ada data rasmi mengenai keluasan , penggunaan atau ekspot di peringkat antarabangsa. Penulis menganggarkan seluas 15-25 hektar CHE tanaman selom ditanam di Malaysia pada 2009 untuk pasaran tempatan. Pembacaan penulis dari Buku Asean Vegetables oleh PROSEA, Bogor 1994 mendapati kandungan Selom setiap 100 gram adalah 0.16 g protin, 0.4 g lemak, air 91.6 g, 4.4 g serat, 0.51 g Vitamin A, 138 mg Kalsium, 60.5 mg Vitamin C, 0.31 mg Vitamin B dan sebanyak 110 kJ tenaga. Biji selom juga mengandungi 3.5% minyak selom.
Selom mempunyai bentuk tumbuh menegak (erected) kira2 10 cm panjang dan ada yang merayap (jika terlalu tinggi atau varieti lain) serta mempunyai batang yang 'hollow' dibahagian tengah. Daunnya berbentuk oblong atau ovate berwarna hijau muda dan lembut. Saiz daun lingkungan 0.5-7 cm x 0.3-3.5 cm. Bunga selom berwarna putih, tangkai sepanjang 2-5 cm panjang dan ada 5 petal. Buah selom adalah scizocarp bersaiz kecil 2-3mm x 0.5-1 mm. Selom tidak mudah dibiakkan dengan biji benih.
Kawasan berair, subur dan lembab sangat sesuai untuk ditanam dengan selom. Anak Benih tanaman mudah dibiakan dengan mengambil keratan batang dan ditanam diatas batas yang lembab. Jarak tanaman bergantung kepada kesesuaian kawasan dan pengurusan tanaman tetapi lingkungan 10-15 cm x 10-15 cm. Jika kerap dituai jarak disyorkan adalah lebih jauh iaitu 40-100 cm x 40 x 100 cm dan penuaian pertama dibuat selepas 2 bulan ditanam. Menuai dengan memotong batang selom kira-kira 5-8 inci dari pucuk atau mengikut kesesuaian tinggi pokok asal. Ulang penuaian setiap satu bulan. Pemerhatian dan rujukkan penulis mendapati satu pusingan selom bertahan sehingga 1-3 tahun.
Tanaman selom tidak mempunyai sebarang penyakit dan serangga perosak yang direkodkan. Purata hasil sebanyak 1 kg/m2 atau kira-kira 1,000 kg/ha. Daun selom biasanya dimakan segar sebagai ulam dan berfungsi seperti ulam raja, ulam daun tenggek burung atau ulam pegaga. Lazimnya masyarakat kampong dulu menghidangkan daun selom untuk makan tengahari bersama nasi panas, sambal belacan, lauk ikan sungai dan ikan kering. Kini ulam daun selom terdapat di restoran dan hotel-hotel sebagai hidangan tradisional dibandar besar. Selom juga sesuai dibuat 'Urap' iaitu campuran kelapa parut, cili api , gara, belacan yang ditumbuk halus dan digaul dengan daun selom. Makanan urap ini seperti juga buat urap pegaga. Ada yang kata makanan ini sangat sedap kalau perut tengah lapar dan ianya FREE!

Kajian mengenai daun selom untuk mengetahui kebaikannya dari segi perubatan dan kegunaan kosmetik boleh dijalankan. Malaysia Herb Coporation atau BioTropic Malaysia boleh jadikan selom jadi 'jus selom', teh selom, kapsul selom, produk kesihatan dan kecantikan selom dan sebagainya. Penanaman yang mudah dan pengurusan yang senang membolehkan selom boleh dihasilkan secara 'mass production. untuk industri prosesan. harap-harap selom tidak akan hanya jadi ulam sahaja!
TANAM SELOM...KELILING RUMAH...
DITUAI SEGAR...MAKAN PUN ENAK...
ADA JIRAN...KENA PERAMAH....
MODAL SELOM....ORANG TAK MENYAMPAH...
By
M Anem
Ptjya
TANAM SELOM...KELILING RUMAH...
DITUAI SEGAR...MAKAN PUN ENAK...
ADA JIRAN...KENA PERAMAH....
MODAL SELOM....ORANG TAK MENYAMPAH...
By
M Anem
Ptjya
No comments:
Post a Comment