Asalamualaikum wbt...
Blog Teknologi Pertanian saya mencapai 48,000 pembaca dalam masa 6 bulan dan kini ada seramai 50 orang followers pada hari ini (30 Oktober 2010)..
Pembaca terakhir dari Kuala Lumpur masuk pada jam 19.02 melayari tajuk "KACANG HIJAU" dengan melalui browser Firefox terus ke Windows XP dan Capaian Google baru masuk ke laman blog saya iaitu animhosnan.blogspot.com, tak tahulah visitor tersebut baca artikel saya atau tidak...harap2 dapat baca apa yang ditaip iaitu ' harga diladang taugeh'.... Visitor dari luarnegara terakhir sebelum analisa datang dari Oslo, Canada membaca mengenai "Jackfruit" dan mungkin berminat dengan tanaman nangka di Malaysia. Artikel yang popular untuk pembaca luar negara adalah seperti Artikel 'Popular Fruit Clones in malaysia', Artikel ' Popular vegetable in Malaysia" dan Artikel 'Durian Clones in Malaysia'.
Sehingga analisa ini dibuat, seramai 48,016 visitor singgah dalam blog saya mulai 24 Jun 2010 dengan purata pembaca hanya seramai 2,918 pada bulan Jun telah meningkat pada bulan Julai (4,493), Ogos (6,250), September (7,724), Oktober (11,848). Capaian ke 50,000 visitor pada 3 Nov 2010 pada jam 11.11. Kajian menunjukkan pengunjung terbanyak dalam sehari adalah pada 27 Oktober 2010 dengan seramai 666 orang visitor. Purata visitor harian adalah seramai 97 sebulan (Jun 2010) meningkat kepada Julai (150/bulan), Ogos (217/bulan), September (257/bulan) dan Bulan Ogos seramai 382 sebulan.
Kajian popularity melalui Frreedit & Google Malaysia mendapati blog petaksemai.blogspot.com menduduki tahap ke 46 pada bulan September 2010. Popularity ini mungkin hanya sebagai panduan oleh pengaturcara agaknya...ini kajian random sahaja!
Pengujung paling ramai of course dari Malaysia diikuti dari Indonesia, USA, India, Singapore, Philipines, Brunei, Australia, Japan, China dan Britain. Terdapat visitor dari beberapa negara lain seperti France, Tobago, Sweden, Thailand secara individu. Visitor dari negara India hampir 75% membaca artikel mengenai 'Jackfruit" mungkin berminat dengan artikel pokok tersebut. Bagi pembaca tempatan antara artikel yang banyak di kunjungi adalah seperti artikel 'Cili Padi', Artikel 'Kelapa MATAG', Artikel ' Tanam Pokok Buah dalam Pasu', Artikel 'Mangga Chao Anan', Artikel ' Cengkerik', Artikel 'Sayuran Popular di Malaysia' , Artikel ' Klon Buah-buahan Popular di Malaysia' dan juga artikel mengenai cashflow tanaman.
Selain menghubungi saya melalui komen, pembaca ada juga yang buat panggilan talipon bertanyakan perkara-perkara berkaitan blog teknologi pertanian dan juga melalui email saya...Ada yang sempat dijawab dan ada yang sukar untuk dijawab...
Kajian ini saya saja-saja buat untuk melihat perkembangan blog yang saya buat. Nampaknya blog ini akan diteruskan demi menyebar dan mengembangkan ilmu pengetahuan sektor pertanian kepada para pembaca. Terimakaseh kepada Rabiatul Adawiyah yang menjadi followers ke 50 pada hari ini! Semuga mendapat ganjaran pahala sewajarnya kepada penulis dan akan terus menulis dalam Teknologi Pertanian. Wassaalam....
MEMBACA BLOG.... DAPAT ILMU....
ARTIKEL BARU... AKAN DI BUKU...
CARI MAKLUMAT...MEMBACA DULU...
TERUS MENULIS ....UNTUK KAMU...
By
M Anem
Putrajaya
No comments:
Post a Comment