Buah-buahan yang di tanam di Malaysia mempunyai pelbagai jenis perosak yang menyerang pada banyak peringkat. Perosak Buah-buahan (Fruit Pests) yang menyerang buah-buahan utama seperti Durian (Durio zibethinus), Rambutan (Nephellium lappaceum), Belimbing (Averhoa carambola), Limau (Citrus spp), Pisang (Musa spp), Mangga (Magnifera indica), Jambu Batu (Psidium guava) dan sebagainya perlu dikenali dan di fahami sebelum membuat kawalan. Artikel kali ini penulis membincangkan beberapa jenis serangga yang perlu kita tahu menyerang beberapa buah-buahan utama di Malaysia berdasarkan pengetahuan dan pengalaman penulis dalam sektor pertanian.
Antara 30 jenis perosak yang biasa dijumpai dan perlu diketahui oleh pembaca khususnya petani dan petani hobi ialah seperti Ulat Pengorek Buah, Ulat Pengorek Batang, Ulat Pengorek Kulit, Triritp, Koya, Anai-anai, Ulat Lipat Daun, Ulat Buah Rambutan, Kumbang Koboi, Kumbang Belangkas, Kumbang Pengerat Daun, Ulat Pengorek Pucuk, Lelompat Daun, Hamama, Ulat Pengorek Batang Mangga, Ulat Pemakan Bunga, lalat Buah, Kumbang Pengorek Buah, Ulat Bunga, Ulat Lymanthrid, Ulat Buah Belimbing, Ulat Pengorek Batang Belimbing, Kutu Thrips, Pengorek Umbisi Pisang, Kumbang Pengorek Batang Pisang, Ulat Gulung Daun Pisang, Pelombong Daunn Limau, Ulat Pengorek Buah Limau, Kupu2 Penghisap Buah Limau dan Kepinding. Perosak-perosak tersebut mampu menyerang pokok buah-buahan pada tahap minima sehingga tahap serious sehingga membunuh pokok jika tidak dikawal.
1. ULAT PENGOREK BUAH DURIAN
Ulat ini terdiri dari beberapa jenis iaitu Mudaria magnipiaga, Conogethes punctiferalis dan Tonica spp. yang menyerang pokok durian. Tanda2 serangan apabila terdapat lubang2 pada permukaan buah dan terdapat najis serta sisa-sisa pada isi atau pangsa buah jika buah dibuka. Kualiti buah akan terjejas apabila buah durian diserang ulat ini dan isi sesuai dibuat lempuk jika tidak terjejas dalam pngsa buah. Kawalan dengan pasang perangkap lampu UV Light dengan jarak 20-30 kaki untuk memerangkap induk dewasa diladang dan bubuh minyak campur air dibawahnya. Gunakan racun serangga peringkat awal ikt label.
22. ULAT PENGOREK BATANG BELIMBING
Ulat ini (Indarbela diciplaga) mengorek batang dan dahan belimbing kemudian memb entuk terowong dan lubang2. Kadang2 kelihatan kepompong pada muka liang. Kawalan dengan racun serangga sistemik.

2. ULAT PENGOREK BATANG DURIAN
Dua spesis ulat ini ialah Bactocera gultata dan Zeuzera coffeae yang menyerang pokok durian. Simptom serangan apabila ulat ini mengorek dahan dan batang dan meninggalkan sisa najis dan kayu ditepinya. Pokok durian yang diserang ulat ini menjadi tidak subur dan kadang2 daun pada dahan diserang jadi kuning dan gugur. Kawalan dengan mencantas dahan diserang dan musnahkan dan buat suntikkan dengan racun serangga pada batang diserang.

3. ULAT PENGOREK KULIT DURIAN
Ulat ini ialah Synanthedon spp. yang menyerang kulit buah durian dimana simptopm dikenali apabila terdapat tahi ulat berwarna coklat kemerahan pada kulit buah dan apabila buah dikikis terdapat ulat berwarna putih didalamnya. Kaedah kawalan dengan mengikis kulit durian dan sembur racun serangga ikut label.

4. TERITIP
Teritip atau Pectenococcus spp. menyerang daun dan dahan durian dimana pokok akan kelihatan pudar akibat diselaputi oleh kulapuk hitam. Daun yang diserang teritip akan jadi kering, layu dan akan gugr. Dahan diserang akan mati juga. Kawalan dengan menyembur racun minyak putih (white oil) pada kawasan diserang dan racun serangga

5. KOYA
Koya menyerang buah durian dimana terdapat seakan kulapuk berwarna putih pada buah atau seakan ada 'madu rembesan' pada bahagian buah dan daun. kawalan dengan minyak putih (white oil) mengikut label.

6. ANAI-ANAI
Anai-anai (Microtermes pallidus) menyerang banyak jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, nangka dan sebagainya. Tanda serangan apabila kelihatan terowong22 tanah pada batang pokok. Pada tahap serious anai-=anai bersarang di bahagian akar pokok mengakibatkan pokok akan mati. Kawalan dengan racun serangga jenis sistemik.

7. ULAT LIPAT DAUN RAMBUTAN
Ulat lipat daun yang menyerang rambutan ialah Adoxophyes privatana yang mana larvanya akan memakan dan melipat daun muda pokok rambutan. Kawalan dengan semburan rac un serangga.

8. ULAT BUAH RAMBUTAN
Ulat buah Rambutan iaitu Conopomorpha cramorella menyerang buah rambutan apabila larvanya mengorek masuk melalui kulit buah dan memakan isi dibawah bahagian kulit. Akibatnya buah rambutan rosak dan ada tahi warna hitam. Kawalan dengan mengutip dan musnahkan buah yang gugur (sebagai perumah), cantas dahan2 lama yang diserang, bersihkan daun dan kepompong2 serta gunakan racun serangga yang sesuai ikut lebel.

9. KUMBANG KOBOI
Dua jenis kumbang koboi yang sering dijumpai di kawasan dusun buah-buahan ialah Apogonia spp (Foto sebelah- kiri) dan Adoretus spp. (Foto sebelah -atas) yang mana kumbang ini makan pucuk atau daun muda tanaman rambutan, koko, pulasan dan lain2 tanaman. serangan biasanya pada waktu malam. Daun akan berlubang2 dan menggangu pertumbuhan anak pokok. Kawalan menggunakan racun serangga seperti malathion dengan kadar disyorkan.

10. KUMBANG BELANGKAS
Kumbang Belangkas (Foto sebelah - dewasa) atau dipanggil Hypomeces squamosus menyerang pokok mangga dan rambutan yang mana larvanya memakan daun menyebabkan berlubang2. pada pokok mangga ulat ini juga memakan daun muda, pucuk dan tangkai buah mengakibatkan putik buah akan gugur. Kawalan dengan semburan racun serangga dan untuk mangga boleh dibuat balut buah.

11. KUMBANG PENGERAT DAUN
Kumbang ini Deporaus marginatus menyerang pokok mangga dengan simptom daun mangga seperti dipotong2. kawalan dengan mengutip kumbang dewasa pada waktu pagi (tidak aktif) dan musnahkannya. Buang juga kepompong jika dijumpai serta bunuh ulat tersebut. Penggunaan racun serangga ikut label.

12. ULAT PENGOREK PUCUK
Dua jenis ulat pengorek pucuk mangga ialah Clumetis transversa dan Alcodides spp. yang memakan daun pucuk muda mangga. Pada serangan serious anak pokok boleh menyebabkan pokok mangga kecut dan mati. kawalan dengan racun serangga.

13. LELOMPAT DAUN
Lelompat daun (Idioscorpus nitidulus) menyerang tanaman mangga dengan menyerang daun muda yang akan kelihatan kerekot ditepi dan terbantut. Terdapat tanda seakan manisan membasahi daun dan berkilat apabila kena matahari. Gunakan racun kimia.

14. HAMAMA
Hamana (Tetra chychus spp) menyerang pokok mangga, btik dan limau. Daun yang diserang akan kelihatan 'bronzing' dan ada tompok2 berwarna tembaga. Kawalan dengan racun hamama.

15. ULAT PENGOREK BATANG MANGGA
Ulat ini (Rhytidodera simulans) menyerang pokok mangga dengan mmengorek bahagian dahan dan ranting pokok mangga dan membuat lubang2. kawalan dengan mencantas dahan atau ranting yang diserang dan musnahkan. Suntik racun serangga kedalam lubang2 yang ada ikut label.

16. ULAT PEMAKAN BUNGA MANGGA
Ulat ini (Bombotelila jacosatrix) menyerang bunga mangga dengan memakan bunga dan pucuk muda. Kawalan dengan semburan racun serangga.

17. LALAT BUAH
Lalat Buah merupakan serangga paling serious dalam menyerang buah-buahan di Malaysia yang menyerang buah Mangga (Bactocera dorsalis dan Bactocera carambola), Belimbing (Bactocera carambolae dan B. papayae), Betik (Bactocera spp), Limau (Bactocera spp) dan buah Pisang. (Bactocera musae). buah yang diserang akan jdi busuk dan berair serta terdapat tanda2 bekan tusukkan ovoipositor. Kaedah kawalan dengan membalut buah, gunakan umpan protin, hydrolsate dan tangkap serta musnahkan lalat jantan dengan methyl eugenol. Baca blog saya mengenai Fruit Fly pada keluaran lepas untuk maklumat terperinci.

18. KUMBANG PENGOREK BUAH MANGGA
Kumbang jenis ini (Cryptorrhynchus mangiferrae) menyerang buah mangga dengan makan isi buah dimana kita akan jumpa kumbang dewasa dan larva pada isi buah mangga apabila mengupasnya. Kawaalan dengan kutip buah masak yang gugur dan musnahkan (ianya sebagai perumah kumbang dewasa) dan guna racun serangga ikut label.

19. ULAT BUNGA BELIMBING
Ulat ini (Diarchrotricha fasciola) menyerang bunga pokok belimbing dengan larvanya mengorek buah dan putik buah kemudian putik buah akan gugur. gunakan racun serangga.

20. ULAT LYMANTRLID BELIMBING
Ulat ini (Euproctis scintilans) menyerang bunga dan daun muda belimbing serta kulit buag belimbing tanpa mengorek kedalam isi. Ulat ini menyerang buah muda dan dikawal dengan amalan pertanian baik.

21. ULAT BUAH BELIMBING
Ulat Buah Belimbing (Archips tabescens) menyerang buah muda dan daun hijau matang belimbing dan membentuk jaring2 sutera. Lapisan luar kulit daunakan jadi kering dan coklat. Kawalan dengan mengutip dan musnahkan buah yang diserang dan gunakan racun serangga yang sesuai. Foto sebelah ialah kupu2 dewasa ulat buah belimbing.
Ulat Buah Belimbing (Archips tabescens) menyerang buah muda dan daun hijau matang belimbing dan membentuk jaring2 sutera. Lapisan luar kulit daunakan jadi kering dan coklat. Kawalan dengan mengutip dan musnahkan buah yang diserang dan gunakan racun serangga yang sesuai. Foto sebelah ialah kupu2 dewasa ulat buah belimbing.
22. ULAT PENGOREK BATANG BELIMBING
Ulat ini (Indarbela diciplaga) mengorek batang dan dahan belimbing kemudian memb entuk terowong dan lubang2. Kadang2 kelihatan kepompong pada muka liang. Kawalan dengan racun serangga sistemik.
23. KUTU THRIPS
Kutu Thrips (Thrips parvispinus) menyerang tanaman betik dan pisang dengan simptol bintik2 hitam pada kulit betik dan kulit pisang jadi berkeruping serta menganggu proses kematangan buah pisang. Kawalan dengan racun.

24. ULAT PENGOREK BATANG PISANG
Ulat ini (Cosmopolites sordidus) -foto sebelah akan menyerang umbisi atau batang pisang dimana simptonya dengan ujudnya tisu2 disekeliling batang berlubang2 yang berwarna perang dan berbau busuk. Daun akan jadi kuning, pokok mudah tumbang, sulur bahagian tengah terbantut dan tandan buah yang kecil. Kawalan dengan GAP, pasang perangkap ulat dan penggunaan racun kimia disyorkan.

25. KUMBANG PENGOREK BATANG PISANG
Ulat ini (Odoiporus longgicolis) menyerang batang pisang dengan kelihatan tisu2 dimakan dan berwarna coklay. Daun akan menjadi kuning dan batang pisang mudah patah. Kawalan dengan GAP dan racun.

26. ULAT GULONG DAUN PISANG
Ulat ini (Erionota thrax) menyerang daun pisang dengan menggulung dan memotong daun2 kearah tulang daun. Ianya akan membentuk kempompong apabila dibuka. Dulu dikampong saya gunakan ulat ini sebagai umpan untuk memancing ikan. Orang kampong pang ulai ini sebagai "Enthong'". Kawalan dengan pungut larva dan musnahkan, galakkan musuh semulajadi dan guna racun serangga.

27. ULAT PELOMBONG DAUN LIMAU
Ulat ini (Phyllocnistis citrella) menyerang daun limau dengan membuat lubang2 pada permukaan tisu daun seperti liku2 jalanraya. Daun diserang akan berkedut dan bergulong. Kawalan dengan potong bahagisn diserang dan guna racun serangga.

28. ULAT PENGOREK BUAH LIMAU
Ulat ini (Citripestis sagititiferella) mengorek buah limau dimana simptomnya akan kelihatan timbunan sisa makanan pada lubang yang dikorek. Separuh bahagian bawah buah akan jadi kuning dan akhirnya buah akan rosak dan gugur. kawalan dengan bungkus buah masa putik, musnahkan buah2 yang gugur dan semburan racun serangga mengikut syor.

29. KUPU2 PENGHISAP BUAH LIMAU
Kumu2 ini (Othreis fullonia) menghisap air sap buah limau pada waktu malan dengan meninggalkan kesan tompok2 coklat pada buah. Buah akan gugur sebelum ia masak. Kawalan dengan GAP, kutip dan musnahkan buah2 yang guggur, gunakan perangkap lampu dan sembur racun serangga yang sesuai.

30. KEPINDING
Kepinding (Rhynchocoris humerralis) menyeang pucuk dan buah yang sedang membesar dengan menghisap air sap. Akibatnya pucuk yang diserang akan layu dan patah. Kawalan dengan semburan racun serangga.
Perosak yang disenaraikan diatas merupakan serangga yang menyerang dari peringkat muda sehingga peringkat dewasa. Ada perosak yang menyerang beberapa jenis buah-buahan dari species yang sama dan perosak yang spesifik menyerang satu jenih pokok buah-buahan sahaja. Kaedah kawalan yang disyorkan secara bersepadu dengan Kaedah manual, Kaedah Amalan Kultura, Kaedah Mekanikal, Kaedah Kawalan biologi dan akhir sekali dengan racun kimia. Penanam buah-buahan perlu membuat pemantauan perosak (crop pest surveilance) mengikut jadual untuk mempasti dan memeriksa kehadiran perosak dan tahap serangan (jika ada).
POKOK BUAH-BUAHAN.....DISERANG PEROSAK....
ULAT DAN LARVA......MEMANG SUKA MENGASAK...
POKOK PERLU DI PERIKSA....SAMA ADA DAH ROSAK...
KAWALAN PEROSAK...IKUT ATURAN JUGAK...
By,
M Anem
Melaka

No comments:
Post a Comment