HIDROPONIK (Hydroponic) merupakan satu terminologi yang dikaitkan dengan penanaman yumbuhan tanpa menggunakan media tanah. Teknologi penanaman dengan kaedah Hidroponik telah saya dengar semenjak saya belajar dahulu pada awal tahun 1980’an. Saya pernah membeli set hidroponik daripada beberapa orang rakan yang bertugas di Jabatan Pertanian dengan harga pada masa itu hanya RM 40.00 – RM 60.00 satu set yang mengandungi set takung, benih sayuran, penutup polystyrene dan set baja larutan. Kaedah menanam dengan haidroponik takung yang dijual itu amat mudah dan praktikal diletakkan dikawasan keliling rumah. Sungguh seronok apabila salad dan sawi yang ditanam menghasilkan sayuran segar dan dipetik sendiri. Teknologi hidroponik kini telah dikomersilkan oleh beberapa negara dan di Malaysia telah ada usahawan yang menjual set hidroponik untuk dipasarkan. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah tanaman menggunakan Teknologi Hidroponik berdasarkan kepada pengalaman sedia ada dan membuat beberapa rujukkan daripada buku serta risalah.
Perkataan Hidroponik ini dipercayai berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja. Ini adalah satu kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan benih tanaman (biasanya sayuran daun atau sayuran buah) yang akan mengeluarkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan media tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah. Pelbagai model sistem hidroponik terdapat masa kini daripada yang biasa iaitu Hidroponik Takung sehingga yang berskala besar iaitu Hidroponik dengan sistem rumah pam dan rumah Struktur pelindung hujan (Lihat foto sebelah). Teknologi ini kini telah dipermidenkan dengan menggabungkan Teknologi NTF (Nutrien Thin Film) untuk penanaman sayuran daunseperti dijalankan oleh ramai petani di Cameroon Highlands). Tedapat juga petani yang menggabungkan antara teknologi fertigasi dan teknologi hidroponik diladang mereka untuk menjamin pengeluaran mengikut matrik dan juga jaminan kualiti.

Saya berpeluang melawat Beijing, China pada tahun 2002 dan berpeluang melawat projek tanaman sayuran dengan kaedah hidroponik yang luasnya hampir 4 kali padang bola sepak. Teknologi digunakan ialah dengan membina dinding konkrit berpetak-petak yang diisikan dengan air baja larutan dan ikan didalamnya. Kotak poistyrene yang mengandungi benih tanaman di apongkan diatas permukaan air dan dibiarkan tumbuh sehingga sesuai untuk dituai. Kawasan ini keseluruhannya mempunyai bumbung yang mempunyai atap kaca dan mampu mengeluarkan 5-6 metrik tan sayuran hidroponik sehari.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
Teknologi Hidroponik mempunyai kelebihan seperti ianya tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman, Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya, Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula. Teknologi ini juga Tidak perlu menyiram baja setiap hari, Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit. Selain itu Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan Teknologi Hidroponik seperti tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal, Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah dan tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa. Kos awal juga lebih tinggi dan memerlukan ilmu khusus seperti kemahiran membuat bancuhan baja larutan dan mempastikan tanaman sentiasa cukup dijaga.
Teknologi Hidroponik di Malaysia pernah menjadi isu kesihatan dimana jika bancuhan tidak dibuat dengan betul atau takung yang tidak dijaga dengan rapi akan menjadi punca nyamuk membiak. Nyamuk aedes berdarah adalah antara masaalah yang akan timbul jika takung hidroponik tidak diuruskan dengan baik dan Kementerian Kesihatan Malaysia pernah menyaman dan menyita pengusaha Hidroponik Takung dahulu seperti kes di Johor Bahru dan Kluang pada tahun 1998. Kini tidak ramai kawasan rumah pangsa dan kawasan bandar yang buat tanaman menggunakan teknik hidroponk takung.
TANAM SAYUR...HIDROPONIK TAKUNG...
SAYUR DI MAKAN....MEMANG UNTUNG...
KALAU ADA AEDES....KENA GANTUNG...
TEKNOLOGI INI...PERLU DISAMBUNG...
M Anem
Senior Agronomist
Putrajay
Malaysia
(Kemaskini pada 1 Mei 2013)
No comments:
Post a Comment