TOMATO (Solanum lycopersicum) dari adalah sejenis tumbuhan kategori sayur buah dari keluarga Solanaceae merupakan sejenis tanaman yang di tanam dan di makan oleh manusia diseluroh dunia. Tomato dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan disebarkan keseluroh dunia oleh orang2 Sepanyol. Tomato diklasifikasikan sebagai kategori BUAH tetapi lebih popular juga sebagai SAYURAN dalam penggunaannya. Kajian saya pada tahun 2011 dari FAO Statistic menunjukkan pengeluaran buah tomato dunia adalah sebanyak 159.02 juta metrik tan dari kawasan penanaman dituai tomato 4.734 juta hektar. Negara China merupakan pengeluar utama tomato didunia pada tahun 2012 iaitu sebanyak 48.57 juta metrik tan diikuti dengan India (16.8 juta mt), USA (12.6 juta mt), Turki (11.0 juta mt) dan Mesir (8.1 juta mt). Artikel kali ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" satu teknologi atau maklumat mengenai tanaman tomato berdasarkan kepada pengalaman penulis yang berkecimpong dalam sektor pertanian selama 31 tahun.
Penanaman tomato di Malaysia banyak di tumpukan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland Pahang dan Kundasang Sabah. Terdapat seluas 23,567 hektar tanaman tomato dengan pengeluaran sebanyak 43,987 metrik tan pada tahun 2009 di Malaysia. Selain untuk penggunaan tomato segar sebagai salad dan sayuran, tommato tempatan juga digunakan untuk dibuat puree, paste dan concentrate. Malaysia mengekspot sebanyak 56.8 metrik tan puree ke Singapura dan Brunei pada 2009. Penggunaan tomato untuk di buat sos tomato merupakan satu industri yang besar dinegara ini dengan jenama seperti LIFE, MAGGI, Del Monte dan sebagainya. Pokok tomato mempunyai batang berwarna hijau yang lembut dan perlukan sistem sokongan untuk tumbuh. Batangnya mampu menjalar sehingga 8-10 meter dalam sistem rumah kaca yang terkawal. Pada tanaman terbuka biasanya tumbuh setinggi 0.5 - 1.0 meter. Daun tomato berbentuk oval dan berwarna hijau serta ada yang agak berbulu. Bunga tomato berwarna kuning yang keluar dari tunas ketiak dan didebungakan oleh serangga. Buah tomato berbentuk bulat, lonjong dan sebagainya yang mempunyai pelbagai warna mengikut kultivar dan yang paling popular adalah jenis tomato warna merah. Akar pokok tomato dari jenis akar serabut.

Terdapat banyak kultivar tomato diseluroh dunia (Rujukan menunjukkan lebih 7,500 varieti).Jenis tomato hybrid paling banyak ditanam. Pembiakan tanaman tomato merupakan satu proses yang lama dan membentuk beribu2 kultivar oleh para botanis. Buah tomato kebanyakkannya berwarna merah tetapi terdapat juga buah tomato yang berwarna hujau, hitam, ungu, pink, kuning, oren juga putih. Kultivar tomato yang popular di Malaysia dari Varieti Bulat, Varieti Lonjong dan Varieti Bersegi. Jenis L24 iaitu Tomato Bulat Tempatan Cameroon Highland ditanam di kawasan tanah tinggi . Tomato tanah Rendah pula adalah dari jenis MT1, MTII, Sedrang 2, King Kong (F1). Tomato jenis baru pula ialah seperti MT1 (MARDI) sementara jenis-jenis Hybrid seperti Pink 26, Local White, Ehsan 1, Ehsan 2 dan terkini banyak jenis-jenis tomato Ceri yang ditanam. Kebanyakan kultivar yang ditanam di Malaysia adalah untuk kegunaan segar sahaja.
Tomato di Malaysia ditanam di atas tanah terbuka dan kini banyak menggunakan sistem Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Bagi penanaman secara terbuka penyediaan tanah dan batas disiapkan setiap musim penanaman dan dibubuh baja organik. Benih tomato terpilih disemai menggunakan kotak semaian. Anak benih di ubah keatas batas yang telah di pasang plastik penutup sungkupan dengan jarah 0.6 m x 0.6 m dan memberikan sebanyak 20,800 pokok sehektar. Penanaman secara fertigasi mengikut Pakej Teknologi Tanaman Fertigasi. kebanyakan sistem fertigasi menanam jenis Tomato Ceri di Johor. Saya berpeluang dengan DTO Zainal mendapatkan ilmu di projek TKPM IPAH Air Hitam Johor (Foto bawah).

Tanaman tomato mempunyai banyak risiko perosak dan penyakit. Penyakit yang paling serious adalah Layu Fusarium (Fusarium Wilt) yang disebabkan oleh Ralstonia solanacerum dan memusnahkan pokok tomato dikawal dengan membakar pokok terjangkit dan amalkan tanaman giliran. Penyakit lain seperti Bintik Daun (Cercospora spp), Reput Pangkal (Sclerotium rolfsii), Hawar Pucuk (Choanephora cucubitarum), Antraknos (Collectroticum spp), Hawar Daun (Phythoptora infestans) atau Blight, Reput Buah (Phomopsis vexans) dan Mizek Virus mudah menyerang pokok tomato. Kawalan menggunakan kaedah Kawalan Bersepadu, pemilihan benih yang resistan, APB dan kawalan kimia perlu dijalankan. Tomato juga mempunyai pelbagai perosak seperti Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa obsoleta) yang mengorek buah tomato dan jadi rosak dikawal dengan semburan BT atau sembur dengan racun serangga seperti chlorpyrifos, cypermethrin, tebufenozole atau lufenuron, Lalat Buah (Bactrocera latifrons) menyerang dengan bertelur dan larvanya merosakan buah tomato dikawal dengan racun kimia atau umpan methyl eugenol. Ulat Lipat Daun (Psara biounctalis) menyerang daun2 dan melipat daun dikawal dengan racun serangga. Ulat pengorek Buah/Kuntum (Helicovera armigera) menyerang buah dan busuk.
Jangkamasa tanaman tomato lingkungan 5-6 bulan bergantung kepada kaedah pengurusan. Buah tomato yang matang dipetik menggunakan tangan dan dibersihkan sebelum di gredkan. Anggaran pengeluaran hasil sistem tanaman terbuka di Kawasan Cameroon Highland lingkungan 17,000 - 18,000 mt sehektar. Dengan purata harga ladang sebanyak RM 1.60 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar tomato sebanyak RM 28,800 sehektar. Kos pengeluaran tomato sebanyak RM 19,500 sehektar memberikan pulangan bersih sebanyak RM 9,300 sehektar. Penanaman tomato menrupakan satu bidangusaha yang intensif dan perlukan ilmu teknikal yang tinggi.

TANAM TOMATO...DITANAH TINGGI....
DI MAKAN SEGAR...DIJAGA KUALITI...
CARA TANAM...TEKNOLOGI FERTIGASI...
HASIL LUMAYAN...UNTUNG DAH PASTI...
By
M Anem
Bertam Valley,
Cameroon Highlands
Pahang
Malaysia
Bertam Valley,
Cameroon Highlands
Pahang
Malaysia
17 Ramadan 1343H
- Kemaskini pada 4 Rejab 1434H
- Kemaskini pada 4 Rejab 1434H
No comments:
Post a Comment