Friday, August 27, 2010

RACUN NEMATOD

Nematod (Meloidogyne spp.) merupakan sejenis perosak yang berada didalam akar tumbuhan yang mengganggu pertumbuhan tanaman. Ramai petani tidak mengetahui tanda-tanda serangan nematod pada peringkat awal. Serangan nematod boleh di kurangkan risiko dengan pemilihan bahan tanaman yang sesuai, mengelakan mengambil tanah atau benih dari kawasan yang telah diserang dan juga melaksanakan kawalan secara bersepadu. Artikel ini berkongsi maklumat mengenai beberapa jenis racun nematod yang ada di Malaysia berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis.

Di Malaysia terdapat 4 jenis racun nematod yang di luluskan oleh LPRMP iaitu:
a. dazomet
b. fenamiphos
c. carbofuran
d. cadusafos


dacomet
Racun nematod yang mempunyai bahan aktif dazomet bertindak dengan penguraian kepada methyl isotiosanat dengan cara tindakaan yang tidak diketahui. Racun ini berkesan digunakan untuk mengawal nematod. Dipasaran racun jenis ini dijual dengan nama dagangan BASAMID GRANULAR.


fenamiphos
Racun yang mengandungi bahan aktif fenamiphos ini adalah dari kumpulan organophosphate yang bertindak dengan cara sistemik dan juga sentuhan. Cara tindakannya melalui penghalang 'cholintrase' yang bertindakbalas. Racun ini digunakan untuk kawal nematod dipelbagai peringkt. Antara nama dagangan racun ini dipasaran seperti LANCER 10G, NEMACIDE 10G dan NEMACUR 10% GR. Jenis racun ini popular digunakan petani seperti penanam jambu batu di sekitar Muar Johor.

carbofuran
Jenis racun nematod ini mengandungi bahan aktif carbofuran yang bertindak dengan penghalang 'cholinesterase' pada cacing nematod. Racun ini adalah jenis sistemik dan berbentuk buriran atau lain-lain bentuk . Antara nama-nama dagangan racun jenis ini adalah seperti CARFURAN 3G, CHA FURAN, FURADAN 3G, POFER 3G, SERBACO G33, SYSTEMIS 3G.

cadusafos
Jenis racun ini mengandungi bahan aktif kumpulan organophosphate yan juga bertindak sebagai penghalang 'cholinetrase' pada mangsa.Bentuk dipasaran adalah dalam bentuk butiran (granule). Racun ini jenis memusnahkan secara sistemik dan nama dagangan adalah APACHE 10G.


Cara mengguna racun nematod perlu mengikuti kaedah yang betul. Baca label pada kotak racun nematod yang dibeli dan patuhi arahan iaitu penggunaan mengikut kadar dan masa yang tepat. Patuhi arahan Post Harvest Interval (PHI) dengan betul kerana kesan sisa baki racun sistemik adalah agak lambat. Gambar bawah menunjukkan tanaman Jambu Batu Giant (Psidium guava) yang ditanam di Tg Minyak Melaka yang saya baru lawati. Mereka menggunakan racun nematod untuk pastikan tiada serangan.


By
M Anem
Ptjaya

No comments: