
Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) merupakan satu sistem atau konsep pengawalan yang menggabungkan kaedah-kaedah kawalan perosak yang serasi secara serentak dan bersepadu dengan mengambilkira kepentingan dan impak terhadap petani, masyarakat dan alam sekitar. Contohnya penggunaan racun serangga yang sangat minima di kobinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan mekanikal dan juga penggunaan cara lain.

IPM juga telah dilaksanakan untuk tanaman sayur-sayuran dengan menggunakan kawalan kultura dan fizikal seperti penggunaan pelekat warna, Lampu UV, Struktur Kalis serangga, agen biolgi (Cotesia plutellae, Diaromus collaris, Diadegma semiclausum, Coenosia exigua) serta penggunaan racun biologikal telah menunjukkan kejayaan mengawal musuh tanaman sayuran pada tahap yang rendah. Sayuran merupakan komoditi yang sangat aktif ditanam dan lazimnya memerlukan penggunaan bahan kimia yang banyak untuk mengawal mudoh dan penyakit. Pendekatan kawalan IPM dapat mengurangkan kos dan keselamatan produk sayuran yang sering bermasaalah dengan isu Residu Racun (MRL).

Kaedah mempromosikan kawalan tanaman melalui petak demonstrasi tanaman yang mengamalkan konsep pendekatan ICM dan IPM perlu dijalankan berterusan dan ditunjukkan kepada petani-petani. Demonstrasi yang dijalankan sebaiknya diracng dan disesuaikan dengan keperluan sebenar petani dan sebaiknya dijalankan berdekatan atau dalam kawasan kebun petani. Sebarang teknologi ICM dan IPM per di promosi dan dipantau tahap perlaksanaannya.
Perlaksanaan ICM dapat membantu petani dalam meningkatkan hasil tanaman, mengawal serangan perosak dan penyakit untuk jangkapanjang seterusnya dapat memelihara kesihatan manusia dan alam sekitar agar masyarakat dapat hidup lebih selesa dan harmoni. Kaedah ICM perlu dikembangkan dari segi pemahaman dan perlaksanaan dalam perlaksanaan projek pertanian di Malasyia.
CARA IPM ... KITA DAH FAHAM...
CARA ICM PULA...BLURR DAN ....
NAK TAHU LEBIH... BUAT RUJUKKAN....
AGAR KELAK...TAK KENA BAHAM....
By
M Anem
(Kupasan dari Bahagian Kualiti)
24 Ramadan 1431
No comments:
Post a Comment