Selaput Tunggul (Mikania micrantha) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Asteraceae yang terdapat di kawasan dikawasan Tropika termasuk negara kita Malaysia. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai rumpai yang menjadi masaalah kepada petani-petani di negara kita kerana kadar pertumbuhan dan pembiakan rumpai ini adalah sangat cepat. Selaput tunggul cepat membiak hingga digelar sebagai "Mile-a-minute weed" atau dimaknakan sebagai "rumpai tumbuh seminit sebatu". Nama-nama lain selaput tunggul seperti American Rope, American Vally/ Silk Vally (English), Kappu Vally /Dritharasa pacha (India), Chinese Creeper, Ceroma/ Ulam Tikus (Malaysia) dan Sembung Rambat (Indonesia). Tumbuhan ini adalah jenis yang parrenial yang mempunyai 5 cabang dahan dengan jarak ruas antara 5-7 cm panjang. Daunnya berbentuk ovate berwarna hijau dan ada permukaan seakan kasar macam berbulu. Bunga selaput tunggul adalahh berangkai dan bertangkai berwarna putih dengan ada 4 kuntum bunga serangkai (Lihat foto diatas). Bunga yang keluar akan menjadi biji benih selepas 17-21 hari dimana satu tangkai bunga mampu menghasilkan sebanyak 20,000 - 40,000 biji benih dalam satu musim. Kadar pertumbuhan selaput tunggul adalah sangat cepat iaitu 8 -9 cm dalam masa 24 jam ! (Pokok muda). Artikel ini saya menulis dadalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis rumpai iaitu selaput tunggul dimana saya sering di tanya oleh para petani mengenainya ketika menjalankan kerja-kerja pengembangan pertanian selama hampir 30 tahun.
Benih selaput tunggul di sebarkan begitu jauh melalui angin, binatang dan juga melalui air. Benih selaput tumggul adalah kecil dan ringan dengan ukuran panjang bijinya cuma 2 mm panjang berwarna coklat kehitaman dan mempunyai banyak rerambut halus berwarna putih dengan panjang rerambut tersebut 3 mm (Lihat foto sebelah). Benih yang telah matang berada dalam rumpun bunga (satu jambak mempunyai beratus-ratus biji benih) dan ianya akan tertanggal sendiri apabila bergoyang ditiup angin. Apabia angin bertuip maka benih berbulu ini yang amat ringan mampu terbang dengan jarak jauh sehingga beberapa ratus meter bergantung kepada kelajuan angin dan halangan-halangan. Kadar pertumbuhan biji benih yang disebarkan adalah adalah rendah iaitu kira-kira 8 - 12 %% sahaja berbanding dengan rumpai jenis lain. Bagaimana pun kerana bilangannya yang amat banyak, ia akan cepat membiak jika tidak dikawal. Faktur cahaya, kesuburan tanah dan kejadian kebakaran tumbuhan ini menyebabkan kadar pertumbuhan biji benih akan jadi lebih cepat. Kaedah pembiakan utama selaput tunggul yang lain dengan Cara Vegetatif iaitu melalui akar dan batang sedia ada dikawasan yang sedia ada. Rizom akar akan mambiak dalam tanah dengan cepat.
Selaput tunggul mudah tumbuh di kawasan lapang, tepi jalan, kawasan kebun baru diterangkan, tepi landasan keretapi, belukar, kawasan kebun, tepi parit, tepi-tepi kebun sayur, kawasan dusun buah-buahan, pagar tepi rumah dan sebagainya. Ianya mampu tumbuh ditanah kurang subur seperti tanah bris, tanah gambut, tanah berliat apa lagi di kawasan tanah subur. Tumbuhan ini sangat responsif terhadap baja Potassium dengan tumbuh lebih cepat terutama jika tumbuhan atau kawasan selaput tunggul terbakar...ia akan tumbuh lebuh cepat dan subur. Selaput tunggul adalah sangat rimbun dan mempu menghasilkan Biomass yang tinggi. Jika rumput ini diragut binatang maka kadar pembiakan kekawasan lain lebih cepat melalui najis binatang. Selaput tunggul merupakan tumbuhan yang sangat cepat membiak dan mengambil zat makanan dan air dalam tanah serta meampu melitupi tanaman petani seperti getah , kelapa sawit dan buah-buahan. Ianya menhalang dan mengurangkan penerimaan cahaya matahari kepada tanaman dan ruang untuk tanaman kita. Kajian juga menunjukkan selaput tunggul mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil Phenolic dan Flavanoid yang mengganggu tanaman kita. Kesan kerosakan selaput tunggul sangat ketara pada kawasan tanaman baru dibuka dan pokok muda dikebun.
Kesan keujudan selaput tunggul (Mikania spp. ) ini sangat serious di Malaysia dimana pihak estet dan petani mengeluarkan sebanyak RM 8 - RM 10 juta setiap tahun untuk mengawalnya. Kawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit adalah antara lokasi yang serious di Malaysia dimana penanaman kacang penutup bumi perlu dijadikan sebagai kaedah kawalan yang biasa selain daripada penggunaan racun rumpai. Selaput tunggul juga mengganggu kerja-kerja menuai hasil tanaman. Selaput tunggul juga dimakan oleh binatang ternakan sebagai sumber makanan di Malaysia dan beberapa negeri di dunia tetapi kadar kerosakannya jauh lebih bahaya daripada faedah kebaikannya. Kajian juga mendapati rumpai selaput tunggul menyebabkan kesan toksik kepada hati ternakan lembu oleh itu elakkan lembu ternakan kita diberikan rumput selaput tunggul sebagai makanan. Ada dakwaan menyatakan daun selaput tunggul mampu menyembuhkan kesan bisa gigitan serangga dan kala jengking. Daun selaput tunggul juga dipercayai mampu mengubati sakit kepala dan ubat untuk menghilangkan gatal-gatal pada manusia. Kegunaan lain pula selaput tunggul digunakan sebagai baja kompos, bahan untuk sungkupan dan juga tumbuhan untuk elakkan hakisan di tebing tanah curam.
Kaedah kawalan selaput tunggul boleh dijalankan dengan Cara Mekanikal, Kimia dan Biologi. Kaedah Mekanikal yang disyorkan adalah dengan menebas, mencabut dan membakar tumbuhan tersebut. Kaedah menebas dengan sabit atau parang atau sebarang alatan lain yang sesuai. Walaupun ianya berjaya memusnahkan selaput tunggul dikebun tetapi merupakan sementara sahaja kerana biji dan sulur akan tumbuh lagi selepas itu. Kaedah ini adalah sesuai untuk kawasan kecil sahaja keliling rumah atau satu bahagian dikebun. Kos kerja menebas adalah dianggarkan 120 -150% lebih tinggi dari kawalan kimia. Kawalan Cara Kimia ialah dengan menggunakan racun rumpai secara berkesan. Racun Pra-Cambah disembur seperti racun Oxyflourfen (0.06 kg/ha ai) dan racun Paraquat (0.4 kg/ha) sebelum selaput tunggul berbunga, Lazimnya racun jenis Glyphosate digunakan secara meluas untuk kawalan selaput tumggul dengan kadar kepekatan antara 0.5-0.45 kg sehektar. Racun ini didakwa sangat berkesan walaupun selaput tunggul itu tebal. Racun lain seperti Racun Diuron juga berkesan. Antara jenama racun digunakan seperti Garlon 600. Walau pun selaput tunggul mati selepas diracun tetapi kemungkinan tumbuh semula selepas musim hujan sering berlaku.
Kaedah Kawalan Biologi adalah dengan menggunakan serangga semulajadi (Liothrips mikanae) yang berasal dari Trinidad tetapi status kejayaan di Malaysia belum terbukti serangga ini mampu untuk musnahkan selaput tunggul. Kulat jenis Ouccinia spegazinni juga merosakkan daun selaput tunggul dan berpotensi untuk dijadikan kawalan biologi tumbuhan ini. kajian telah dibuat di India dan agak berjaya. Keujudan rumpai selaput tunggul disekeliling kita memang disedari. Kita sentiasa memandang sepi akan kemusnahan yang tumbuhan ini dalam sektor tanaman makanan. Banyak wang untuk membeli racun terpaksa dibelanjakan untuk atasi masaalah selaput tungul. Kajian perlu diteruskan untuk mengurangkan kesan tersebut secara berterusan. Diharap artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca blog saya. Wasallam...
NAMA RUMPAI...SELAPUT TUNGGUL....
TUMBUHNYA CEPAT...IANYA UNGGUL...
MUDAH MEMBIAK....PETANI SUGUL...
KAWAL SUSAH...RACUN DISEMBUR...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia
Julai 2010
(Kemaskini pada 23 Jun 2013)

No comments:
Post a Comment