.jpg)
TEBU (Saccharum officinarum) adalah sejenis tanaman dari keluarga Poaceae yang dipercayai berasal dari kawasan tropika dan Asia. Tebu mempunyai 37 spesis diseluroh dunia merupakan dari jenis rumpai yang tinggi. Tebu merupakan tanaman yang mengandungi GULA yang tinggi dan merupakan sejenis tanaman industri untuk pengeluaran gula di banyak negara. Artikel kali ini menulis tanaman tebu berdasarkan pengalaman sedia ada dalam bidang pertanian selama 30 tahun. Maklumat diperolehi dari pembelajaran di Universiti dan pengalaman menjalankan pengembangan pertanian.
Tebu ditanam di seluruh dunia dengan 110 buah negara dengan kuantiti pengeluaraan tahunan sebanyak 1.6 juta metrik tan. Brazil adalah pengeluar utama gula didunia (698 ribu mt/tahun) diikuti dengan India dan China. Tebu di Malaysia ditanam untuk penghasilan gula dan juga penanaman sekala komersial untuk air tebu. Penulis berpeluang membuat aktiviti pengembangan mengenai Pakej Teknologi Tanaman tebu ketika bertugas di Muar dan Johor.
Keluasan tanaman tebu di Malaysia dicatitkan seluas 597 hektar pada tahun 2006 (pengeluaran sebanyak 10,559 mt) telah meningkat kepada 1,020 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 17,190 metrik tan. Negeri Johor menanam paling luas tebu di negara ini dengan Daerah Muar paling luas (252 ha) pada tahun 2009 diikuti dengan Daerah Kuching, Sarawak (123 ha) dan Daerah Segamat Johor (48 ha). Terdapat maklumat tentang tanaman tebu khusus dulu yang dikhususkan untuk pengeluaran gula di FELDA Chuping, Perlis dan kini kawasan tersebut telah di tanamn dengan getah daripada lawatan saya pada bulan lepas di kawasan tersebut.
.jpg)
.jpg)
Tebu yang ditanam perlukan cahaya mataharu melebihi 80% dan hanya kawasan lapang atau kawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit sesuai untuk tanaman tebu. Pastikan tebu tumbuh dengan mendapat baja yang mencukupi seperti pakej teknologi tanaman Jabatan Pertanian. Pengalaman penulis melawat kawasan penanaman tebu di Sg Sudah dan Sg Balang mendapati pokok mulai di tuai selepas 10-12 bulan ditanam. Pada ketinggian 5-8 kaki batang tebu akan di tebang berperingkat2 dengan antara 3-4 batang setiap rumpun. Batang tebu sepanjang 5-8 kaki dibersihkan dari pelepah daun dan diikat untuk terus dijual kepada peraih. Di daerah Muar terdapat 2 orang usahawan iaitu berpusat di Bukit Pasir dan Di Sg Balang yang menjalankan perusahaan menghantar tebu ke Singapura.
.jpg)
Terdapat beberapa usahawan yang memproses tebu untuk di jadikan jus tebu seperti En Ismail di Kg Lukut Kota Tinggi. Air tebu yang di perah dari batang tebu dimasukkan dalam botol dan dimasukkan dalam 'Freezer'. Jualan air tebu cara ini menguntungkan kerana air tebu yang dibekukan tahan lama dan tidak rosak. Produk tebu perlu dipelbagaikan lagi selain daripada dijual sebagai air tebu. Kajian terperinci mengenai produk-produk lain perlu dijalankan.
MENANAM TEBU ....DIDALAM BARIS....
TEBU KUNING...MUDAH DI URUS......
DAERAH MUAR B PAHAT...DITANAM SERIOUS...
TEBU DIEKSPOT....DAN DIMESIN LARIS...
By
M Anem
Muar
By
M Anem
Muar
No comments:
Post a Comment