Thursday, June 24, 2010

Buat Jem Rambutan


Jem rambutan komersial di pasaraya.

Rambutan (Nephelium lappacium L.) merupakan sejenis buah-buahan bermusim yang biasanya dijual untuk di makan segar dan belum banyak rambutan yang diproses untuk ditinkan dalam sirap atau di buat jem rambutan. Terdapat seluas 25,460 hektar tanaman rambutan di Malaysia pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 82,700 metrik tan dimana kebanyakannya untuk pasaran domestik. Antara klon-Klon yang popular di Malaysia adalah seperti klon seperti R 134, R156 (Gading Muar), R 179 (Deli Cheng), R 191 (Anak Sekolah) dan 192 (Deli Baling). Biasanya berlaku lambakkan buah rambutan pada musim puncak sehingga banyak yang tidak dituai dipokok selain dari faktur harga rambutan yang murah. Ramai generasi muda kini tidak suka makan buah rambutan kerana kesan batuk akibat makan rambutan. Artikel ini membincangkan cara-cara membuat jem rambutan yang saya pelajari dari MARDI semasa menjada AO Daerah.



Jem Buah-buahan boleh dibuat dari buah Nenas, Betik, Pisang, manggis, Durian dan yang terkini kita cuba buat jem rambutan. Faktur penting dalam membuat jem ialah keseimbangan antara Pektin, Gula dan keasidan bagi menghasilkan jem yang berkualiti. JEM didefinasikan sebagai hasilan daripada buah-buahan yang diproses mengandungi tidak kurang 35% buah-buahan dan 65% pepejal larut serta mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan di bawah akta makanan 1985. Kita biasa dengan jm nenas, jem betik dan jem epal tetapi jarang kita jumpa atau makan jem rambutan. Ayuh mari kita cuba buat jem rambutan!



BAHAN ASAS JEM RAMBUTAN
Bagi membuat Jem rambutan dicadangkan agar menggunakan rambutan Klon Anak Sekolah atau Klon Gula Batu kerana tahap kandungan gula yang tinggi dan tahap kemanisannya. Hanya rambutan yang cukup masak (Tahap kematangan Indeks 5 dan Indeks 6) digunakan dimana kadar kemasaman buah adalah pada pH 4.5- pH4.8. Buah tersebut juga ada kandungan pepejal larut sebanyak 15-17 Brix. Berikut ialah formulasi jem rambutan di cadangkan:


Isi rambutan di asingkan dari kulit
dan biji. Hancurkan dengan pengisar.
Formulasi campuran buat JEM RAMBUTAN
__________________________________________
a. Isi Bahan Rambutan - 35% (350 gram)
b. Gula - 56% ( 560 gram)
c. Asid Citrik - 0.4% (4 gram)
d. Pektin - 0.5% (5 gram)
e. Air - 8.1 % (81 gram)
_____________________________________
JUMLAH CAMPURAN 100% (1,000 gram)
* Air Tambahan - 5% (50 gram)
* Natruim metabisulfit - 0.01% (0.1 gram)

Campuran diatas dapat hasilkan 3-4 botol jem (Ukuran botol 240 gram)


_____________________________________




CARA MEMPROSES JEM RAMBUTAN

Isi rambutan diasingkan dari kulit dan biji dan kemudian dihancurkan guna Pengisar (Grinder atau Blender). Panaskan isi rambutan yang dibancuh dengan air. Pektin digaul perlahan2 dengan sebahagian gula sedikit demi sedikit. Campur semua gula dan kacau sehingga mendidih. Masak campuran sehingga suhu mencapai 160 Celsius atau 68 darjah Brix dan tutup bekalan steam. Campurkan larutan asid sitrik dan kemudian larutan sodium metasulphate (yang telah dilarutkan dengan nisbah air 1:1). kacau sehingga sebati dan buang buih dipermukaannya. Akhir sekali isi dalam botol segera dan biarkan sejuk.



NILAI PEMAKANAN JEM RAMBUTAN

Kajian MARDI menunjukkan setiap 100 gram jem rambutan mengandungi nilai pemakanan iaitu Tenaga 298 kcal, Kabohiderat 73.6 gram, Protein (0.3 gram), Lemak (0.1 gram) dan Serat (1.2 gram). Jem rambutan sedap dimakan dengan sapuan keatas roti bakar atau roti tidak dibakar. Kajian juga menunjukkan jem rambutan yang disimpan dalam botol kaca akan berubah warna selepas 8 bulan disimpan pada suhu biasa. Jem Rambutan dijual dengan harga RM 3.00 - RM 4.00 sebotol (240 gram).



NAK PROSES BUAT JEM....JEM RAMBUTAN...
RAMBUTAN MURAH...TAK JADI REBUTAN....
RAMBUTAN GADING MUAR...JADI SEBUTAN...
DAH JADI JEM...SAYA JANGN DILUPAKAN....




By
M Anem
Orang Johor,
Muar, Johor, Malaysia

No comments: