Benih padi (Oryza sativa) merupakan faktur asas dalam aktiviti penanaman padi sawah (wet paddy) atau pun padi bukit (Hill paddy). Keperluan benih padi berkualiti sangat kritikal setiap kali musim penanaman di mulakan dimana petani-petani perlu mempastikan ada stok benih padi dari varieti yang hendak ditanam beberapa bulan sebelum kerja-kerja penyediaan tanah.
Antara varieti padi yang popular masa kini ialah MR 219, MR 22o. Terdapat beberapa varieti lama seperti MR 84, Malinja, Ria yang sukar di dapati tetapi masih ujud . Keperluan benih padi sehektar bergantung kepada kaedah penanaman sama ada secara Tabur Terus atau secara Mengubah (transplanting). Antara 55-60 kg benih diperlukan bagi kaedah tabur terus bagi kepadatan sederhana yang boleh dinaikkan bagi kepadatan tinggi. Kaedah Mengubah perlukan penyediaan Tapak Semaian dan ini mengurangkan keperluan benih cuma 35-45 kg sehektar sahaja.
Tanaman padi di Kg Waw, Bago District, Delta Irrawady, Myanmar
yang di lawati penulis pada Nov 2009.
Penyediaan beni padi bermula dari LADANG BENIH PADI SAH yang dikawal oleh kerajaan bagi mempastikan benih-benih padi yang diedarkan mengikuti tahap standard yang di tentukan. Ladang Benih Padi mesti mempunyai ciri-ciri untuk dipilih sebagai ladang benih yang sesuai dan pemilihan Ciri-ciri Petani yang tepat untuk aktiviti mengeluarkan benih padi. Kawasan sawah mesti subur, mempunyai bekalan air mencukupi, tidak bercampur dengan varieti2 lain, Benis Asas mesti diperolehi daripada pembekal yang sah (MARDI atau Jabatan Pertanian atau swasta) sebelum di gunakan di Ladang Benih. Amalan Pertanian Baik (GAP) ladang benih mesti diikuti dengan kaedah pembajaan, pengawalan musuh dan penyakit serta kaedah penuaian.Benih yang dituai mesti di keringkan menggunakan kaedah moden dan mesti mempunyai kadar percambahan yang tinggi melebihi 95%. Benih yang di gred dan di proses ini mesti disimpan menggunakan kaedah simpanan benih padi terkawal sebelum diedarkan kepada pesawah. Kadar harga benih padi adalah di kawal iaitu antara RM 28 - RM 36 satu karung (20 kg). Pada masa dahulu Jabatan Pertanian mengadakan program khas pengeluaran benih padi sah tetapi pada masa ini PPK/ LPP dan MADA/KADA merupakan pembekal utama benih padi sah selain daripada pengeluar-pengeluar benih padi sah swasta yang di lesenkan. Keperluan benih padi sah berkualiti akan menentukan hasil padi dapat di naikkan sehingga 6-7 mt sehektar. Terdapat kes-kes dinama percambahan benih padi yang rendah akan mengurangkan hasil padi sehingga 35-50% daripada hasil potensi.
Kawalan terhadap kualiti benih padi akan lebih terjamin jika Akta Benih yang di kuatkuasakan oleh kerajaan pada masa akan datang. Benih merupakan asas penghasilan dalam penanaman padi. Hanya benih padi bermutu dan terjamin sahaja perlu ditanam oleh pesawah diseluroh negara. Pengenalan benih padi baru seperti varieti MR220 CL1 dan MR220 CL2 membantu petani dalam pengurangan hasil akibat padi angin. Benih baru ini perlu dibiak dan diedar dengan segera melalui Benih Padi Sah yang dijamin.
Harga makanan semakin meningkat setiap tahun dan ini tidak dapat dielakkan. Kawasan sawah padi juga semakin berkurang atas desakan pembangunan dan perumahan terutama dikawasan jelapang padi yang hampir dengan bandar. Penghasilan padi mesti ditingkatkan. Bencana alam seperti banjir dan kemarau menjejaskan lagi pengeluaran bijirn padi. Pastikan benih padi mencukupi dan harga beras masih mampu dibeli oleh rakyat Malaysia pada masa akan datang.
TANAM PADI...BENIH DIPERLUKAN...
BENIH DIJAMIN....KUALITI DIPASTIKAN....
HASIL LUMAYAN....PETANI GEMBIRA SAKAN...
RAKYAT MALAYSIA....BOLEHLAH MAKAN...
Related articles:
* Artikel : BERAS (Klik disini)
* Artikel : Padi Angin (Klik disini)
* Artikel : Padi MR 220 (Klik disini)
* Artikel : LCC on Paddy (Klik disini)
Oleh:
M Anem
DOA Muar
Johor, Malaysia
(Asal orang Johor)
Related articles:
* Artikel : BERAS (Klik disini)
* Artikel : Padi Angin (Klik disini)
* Artikel : Padi MR 220 (Klik disini)
* Artikel : LCC on Paddy (Klik disini)
Oleh:
M Anem
DOA Muar
Johor, Malaysia
(Asal orang Johor)
No comments:
Post a Comment