Projek cendawan Tiram Kelabu di Kg Sg Terap, Muar setelah 6 tahun beroperasi di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Muar.
Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju) adalah satu daripada 13 jenis cendawan di Malaysia yang boleh diusahakan secara komersial. Dibawah Projek Khas Pertanian Pagoh DOA telah memajukan sebanyak 17 projek cendawan secara komersial melibatkan seramai 54 pengusaha sejak tahun 2004. Pada masa ini anggaran pengeluaran bulanan adalah sebanyak 125 - 220 mt sebulan basah. Harga pasaran cendawan segar secara kontrak farming dengan syarikat C&C Mushroom Cultivation sebanyak RM 4.50 sekilogram sementara harga di pasar basah secara runcit antara RM 6.00 - RM 8.00 sekilogram. Terdapat beberapa kes penyakit dan perosak yang perlu di awasi dalam tanaman cendawan tiram kelabu di Daerah Muar/Ledang.
Antara masaalah penyakit dan perosak ialah seperti berikut :
1. Kulat Hijau
Kulat hijau disebabkan oleh Trichoderma spp yang mengeluarkan spora berwarna hijau dibahagiian atas media 10-15 hari selepas disuntik benih. Spora hijau jelas pada 2-3 kali lepas memetik hasil dan terus rosak. Perlu di kawal peringkat awal.
2. Kulat Jingga
Kulat jingga disebabkan oleh Neuspora spp (Fire Mould) dan berlaku paling awal iaitu 3-4 hari selepas disuntik. Pada akhirnya spora berwarna jingga akan keluar dan berbau tengik/busuk.
3. Kulat dakwat hitam
Kulat ini disebabkan oleh Kulat Coprinus spp. yang mengeluarkan jana buah terdahulu sebelum cendawan. tangkai jana panjang seperti payung berwarna kelabu kehitaman dan akhirnya mengeluarkan cecair seperti dakwat. Serangan kulat ini tidak berapa jejaskan hasil cendawan.
4. Kulat Kuning Kehijauan
Kulat jenis Aspergillus spp atau Penicillium spp merupakan penyebab penyakit ini yang mengeluarkan spora berwarna kekuningan. Punca utama kerana media tidak cukup masak.
5. Kulat Hitam
Kulat hitam disebabkan oleh sejenis kulat Rhizopus spp yang mengeluarkan spora berwarna hitam dan disebabkan oleh pencemaran media tanaman atau benih. Hasil kurang atau tiada langsung jika tidak di kawal peringkat awal.
Serangan Kulat Hitam (Rhizopus spp)

Serangan Kulat Jingga (Neuspora spp)
Untuk keterangan lanjut, Hubungi Pegawai Pertanian Pakar (SMO) Jabatan Pertanian Muar.
Oleh:
M Anem
DOA
No comments:
Post a Comment