Showing posts with label BUAH TIN. Show all posts
Showing posts with label BUAH TIN. Show all posts

Monday, April 15, 2013

BUAH TIN - Part 4

BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”.  Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web.


Kandungan zat buah zaiton (Sumber: CABI International)


Buah Tin (Ficus carica L) adalah jenis tumbuhan yang berasal dari Asia Barat dengan banyak mempunyai zat dan khasiat didalamnya. Jadual diatas menunjukkan setiap 100 g bahagian buah tin yang dimakan mengandungi banyak zat mineral, vitamin, air , serat dan tenaga. Buah tin banyak mengandungi gula dalam jumlah yang banyak dan juga mengandungi garam utama. Apa yang penting diantaranya adalah kandungan bahan kalsium, Posforan dan Vitamin C. Inilah menyebabkan kandungan zat buah tin sangat tinggi. Dalam kajian ilmu perubatan moden mendapati khasiat buah tin sangat banyak. Ianya sesuai untuk dijadikan bahan makanan tambahan (suplementary food) bagi kesihatan dimana buah tin memang telah diyakini mampu mengubati berbagai jenis penyakit diantaranya :


Pertama sekali adalah khasiat buah tin digunakan untuk mengubati masaalah susah buang air besar (atau sembelit). Caranya dengan kita ambil tiga sampai empat buah tin yang sudah kering, basuh hingga bersih dan rendam dalam segelas air sejuk bersih. Biarkan semalaman daripada petang sehingga kepagi dan kemudian diminum. Buah tin yang telah lembut juga boleh dimakan bersama dan mudah-mudahan selesai masaalah tersebut. Cara lain petua kita mengamalkannya adalah dengan mengambil 3-4 buah tin yang masih segar dan dipotong menjadi beberapa bagian kecil kemudian direbus. Campurkan dengan susu atau yoghurt serta sebanyak 2 butir kismis. Minum ramuan tersebut pada pagi hari dan ia mujarab.


Khasiat buah tin diantaranya adalah untuk mengubati masaalah seperti ketidakselesaan pada usus. Beberapa petua yang perlu dilakukan adalah dengan kita menyiapkan 6-7 buah tin yang sudah kering kemudian dipotong kepada menjadi beberapa bagian. Rendam buah tin tersebut dengan minyak zaitun semalaman dan dimakan potongan buah tin tersebut pada pagi harinya. Seterusnya ia digunakan untuk merawat luka dan bisul dengan kita menyiapkan beberapa buah tin yang sudah kering. Pecahkan buah tin tersebut dan ambil isinya dan direbus isi buah tin tersebut disusu biasa selama beberapa minit dan biarkan hingga sejuk. Lumurkan ia dibahagian tubuh yang mengalami luka atau bisul kemudian dibalut atau diikat. Gantikan balutan tersebut sebanyak 3-4 dalam sehari. Buah tin juga mempunyai khasiat untuk atasi masaalah edaran haid tidak lancar. Caranya dengan kita ambil 25-30 lembar daun buah tin yang masih segar dan ia direbus dengan air satu liter dan disejukkan. Tapis airnya dan diminum air ramuan tersebut. Walau pun petua diatas boleh dibuat, pastikan anda sentiasa memeriksa tahap kesihatan anda dengan doktor perubatan.
Wasallam.

BUAH TIN...KHASIATNYA ADA...
PELBAGAI KAEDAH...JUGA CARA...
SEMBUHKAN PENYAKIT..CUBA...
KALAU DIMAKAN..SEDAP JUGA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1434H)

Sunday, April 14, 2013

BUAH TIN - Part 3

BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”.  Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web (http://www.hort.purdue.edu).


Diantara masaalah dan musuh tanaman buah tin adalah Cacing Nematod (Meloidogyne spp) yang menyerang bahagian akar tumbuhan. kawalan masaalah ini menggunakan racun Nematod yang ada dipasaran. Selain itu dilaporkan serangan Ulat Pengorek Batang (Bactocera rufomaculata) yang mengorek batang pokok tin dan boleh menyebabkan pokok mati (Lihat foto sebelah). Ulat Pengorek Buah (Azochis gripusalis) juga dilaporkan di Venezuela dimana larvanya masuk melalui buah sterusnya masuk kebatang dan dahan serta menyebabkan pokok boleh mati. Ulat makan daun dan makan pucuk muda menyerang pada masa tertentu dan dikawal dengan racun serangga. Scale Insect menyerang kulit pokok dan ianya merosakkan tanaman jika tidak dikawal. Penyakit Karat Daun yang disebabkan oleh kulat Ceroteleum fict menyebabkan daun gugur awal dan sebabkan hasil akan berkurangan. Serangan Bintik Daun (Cercospora fict) atau kulat Cylindroclaium scoparium perlu juga dikawal. Bagaimana pun jika pokok tin diserang dengan Mozaic Virus memang perlu dimusnahkan sebab tiada kaedah kawalan. Kumbang Buah Kering (Carpophilis spp) merosakkan buah dengan masuk daripada lubang mata dan membawa kulat lain seperti kulat Aspergillus niger yang menurunkan kualiti buah.  


Pokok buah tin lazimnya berbuah dua kali dalam setahun iaitu pada buan Mei-Jun dan bulan November -Disember. Buah yang hampir masak akan bertukar warna kepada kekuningan, ungu atau kemerahan bergantung kepada varieti dan dipetik menggunakan tangan (boleh pilih buah yang masak sahaja). Sebaiknya menggunakan sarung tangan ketika memetik buah untuk elakkan terkena getah yang keluar dari pokok atau buah yang dipetik. Bagi pokok yang agak tinggi lazimnya menggunakan tangga. Penuaian buah tin menggunakan jentera mekanikal ada dibuat diladang komersil yang luas dibeberapa negara maju. Penggunaan bahan kimia seperti Etephon yang disembur pada pokok dengan helikopter mempercepatkan proses kematangan buah dan gugur 10 hari lebuh awal. Ini akan mengurangkan kemungkinan buah rosak akibat dierang perosak dan serangga. Jentera mekanikal akan menyedut (sweep) buah yang gugur ditanah dan dikumpulkan didalam kontena. 


Buah telahh dipetik lazimnya dibiarkan selama satu hari dibawah pokok untuk menghilangkan kesan getahnya. Buah tersebut kemudian dikumpulkan dan kemudian digredkan mengikut kualiti seperti warna, saiz dan kecacatan. Buah akan dimasukkan dalam kotak sebelum dihantar untuk dijual atau kekilang memproses buah tin yang berhampiran. Setiap kotak diletakkan 10-15 kg buah tin yang telah digredkan. Kajian mendapati hasil sepokok buah tin sebanyak 180-360 biji sepokok bergantung kepada umur di India. Sementara itu dilaporkan sebanyak di Venezuela setiap pokok mempu menghasilkan sekitar 10-15 kg sepokok. Buah tin merupakan buah yang cepat rosak (Perishable) dan perlu disimpan dalam bilik sejuk. Simpanan buah tin dalam suhu antara 4-6 celcius dengan kelembapan 75% mampu bertahan selama 8 hari dan 2 hari selepas dikeluarkan. Kajian juga menunjukkan jika disimpan dalam suhu 10 celcius dengan kelembapan 86% mampu bertahan selama 21 hari dan jika suhu 0-1.6 celcius boleh bertahan selama 30 hari. Begitulah teknologi penanaman buah tin yang memang jarang ditulis oleh saintis kita di Malaysia kerana tidak dikomersilkan dinegara kita. Lagi banyak ilmu bagaimana pun lebih baik daripada tidak tahu langsung. Wasallam!

POKOK TIN... ADA MUSUHNYA...
NEMATOD....AKAR DISERANGNYA...
PENGOREK BATANG.. IA MERBAHAYA...
KENA VIRUS... BUANG JAWABNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(20 JamadilAwal 1434H)




Wednesday, April 10, 2013

BUAH TIN - (Part 1)

BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”.  Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web.


Jadual 1: Pengeluaran buah tin dunia 2011 
Penanaman buah tin diseluruh dunia menghasilkan sebanyak 1.026 juta metrik tan pada tahun 2011 dengan jumlah nilai pengeluaran sebanyak USD 612.8 juta (Rujuk Jadual 1 diatas). Negara pengeluar utama buah tin didunia adalah negara Turki dengan jumlah pengeluaran  260.5 ribu mt diikuti dengan Mesir (165.4 ribu mt) dan Algeria (150 ribu mt). Negara lain yang ada mengeluarkan buah tin mengikut susunan adalah Iran, Morocco, Syria, USA, Sepanyol, Brazil, Tunisia, Albania, Afghanistan, India, Portugal, Jepun, Itali, China, Libya, Lebanon dan Greece. Negera jiran kita di Indonesia dan Thailand juga dilaporkan ada menanam buah tin untuk keperluan domestik. Produk buah tin yang telah dikeringkan (Dried figs) merupakan antara produk dari buah tin yang paling banyak djual dipasaran. Walau pun kesesuaian iklim adalah kawasan temperate kini buah tin boleh juga ditanam dikawasan sub-tropika dan tropika.


Pokok buah tin adalah pokok yang tidak berapa besar dengan ketinggian diantara 10 -30 meter.
Pokok ini tumbuh menegak dengan banyak cabang dan merimbun. saiz dahan antara 15-20 cm ukuran garispusat mengeluarkan getah jika ia terluka. Sistem akar pokok tin dikategorikan sebagai cetek dan tersebar sehingga 15 meter dalam tanah. Daunnya berbentuk 'Palmate' iaitu mempunyai 3-7 lekukan dimana lekuk agak cetek pada tangkai daun. Daun berwarna hijau dengan permukaan disebelah atas agak kasar dan permukaan bawah daun agak berbulu sedikit. Saiz daun sekitar 20-25 cm panjang dengan susunan bersilang pada dahan.


Buah tin merupakan buah 'Synconium' iaitu kosong dibahagian tengah (hollow) dengan isinya yang melekat pada kulit buah (Lihat foto sebelah). Buahnya mungkin berbentuk Obovoid atau Bentuk Buah Pear atau Bentuk Turbinate dengan ada lubang dihujung buah tersebut. Ukuran saiz buah sekitar 3-10 cm garispusat dengan berwarna hijau ketika muda. Warna kulit luarnya apabila masak berbeza mengikut varieti sama ada ianya hijau kekuningan, warna perak, tembaga atau ungu gelap. Bentuk bunga sama dengan buah yang akan terbentuk dimana ia berada didalam buah dan melakukan pendebungaan sendiri atau berbantu bergantung kepada varieti buah tin (Foto bunga warna hijau foto sebelah). Anehnya sejenis Tebuan Kecil (Blastophaga grosorum - tiny wasps) yang mempunyai sesungut panjang akan hinggap pada bunga buah tin dan menjalankan pendebungaan. Rajah dibawah sekali menunjukkan proses pendebungaan buah tin oleh tebuan kecil tersebut.


Kulit luar buah tin adalah lembut dan nipis sahaja. Isinya sama ada berwarna putih, kuning pucat atau amber, pink, warna ros, merah atau ungu seperti berjerami melekat pada nahagian kulit (Lihat foto sebelah). Ini ini lazimnya agak melekit dan sedikit bergetah semasa buah masih muda tetapi ianya menjadi berair (juicy) dengan rasa manis apabila cukup masak. Saya beberapa kali dapat makan buah tin segar ketika berkursus di Mesir pada tahun 2005 dan kawatan ke Beijing pada tahun 2012. Buah tin juga mempunyai biji sama ada ia bersaiz besar, sederhana, kecil atau sangat kecil (minute). Biji ini mengandungi banyak khasiat yang dimakan bersama kulitnya apabila buah tin telah dikeringkan (lihat foro sebelah). Rasanya manis jika dimana bersama isi dan boleh dikunyah dengan mudah. Nagaimanakan teknologi penanaman buah tin dan amalan pengurusan yang perlu dilakukan. Ikuti penulisan pada artikel Part 2 - BERSAMBUNG!.

BUAH TIN.... AGAK UNIK ISINYA...
DIMEDITERRANEAN... KESESUAIANNYA...
NEGARA TURKI... PENGELUAR UTAMA...
IKLIM KERING..RENDAH HUMIDITYNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 222, FELDA Residence Hotsprings,
Sungkai, Perak,
Malaysia
(18 JamadilAwal 1434H)

Tuesday, April 9, 2013

BUAH TIN (Part - 2)


BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”.  Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web (http://www.hort.purdue.edu).


Buah Tin dipercayai natif dari Asia Barat dan telah ditanam semenjak 5,000 tahun dulu dimana kini telah ditanam dimerata negara daripada Jerman hingga ke Brazil, India, China, Jepun , Afrika Selatan, Australia malahan sehingga ke USA. Tanaman ini walaupun berasal dari kawasan iklim panas kering disekitar Mediterranean tetapi kini didapati telah sesuai ditanam di kawasan tropika terutama dikawasan tanah tinggi (ketinggian antara 800 - 1,800 meter dari aras laut). Penanaman pokok tin dikawasan tropika tanah rendah kurang berjaya disebabkan oleh kadar kelembapan yang tinggi dan . Pokok juga tahan kepada kesejukan salji dengan suhu 10-20 darjah. Hujan yang turun pada masa pembentukkan buah akan menyebabkan buah pecah dan rosak. Kawasan paling ideal untuk tanaman buah tin adalah kawasan kering (arid) dan separa kering (semi-arid) dengan syarat ia mempunyai sistem pengairan sempurna. Suhu yang terlalu panas walau pun mempunyai sistem pengairan dimusim kemarau pula akan menyebabkan buah tin gugur sebelum waktunya.


Pokok Tin boleh hidup dalam pelbagai jenis tanah daripada tanah jenis berpasir, lom berpasir, tanah liat , pasir halus dan juga tanah batu kapor (limestone). Tanah seperti dipinggit padang pasir juga boleh ditanam pokok buah tin (Lihat foto sebelah). Penting bagi pokok ini adalah tidak mudah berlaku masaalah akar terendam (waterlogged) kerana ia tidak tahan.Tanah dengan pH 6.0 - 6.5 adalah sesuai dimana jika ada unsur batu kapor sangat membantu pokok terutama pada musim kemarau. Pokok tin tidak sesuai ditanam dikawasan tanah berasid. 


Pembiakan pokok tin boleh dibuat daripada semaian biji dalam nurseri tetapi amalan yang paling praktikal dibuat adalah dengan KERATAN BATANG (Lihat foto sebelah). Biji daripada buah segar yang dijual dipasar atau buah tin yang kering juga boleh disemai dan boleh hidup jika disemai. Pembiakan tampang secara layering tanah dan layering udara kurang dibuat walau pun ia boleh diamalkan. Pada masa ini teknologi mendapatkan anak benih melalui makmal tisu kultur berjaya dibuat dibeberapa negara seperti di Greece dan USA. Pilih dahan yang bebas penyakit, subur dari dahan berumur 2-3 tahun dipotong sepanjang 20-30 cm dengan ukurlilit batang 1.2-2 cm. Cacakkan secara menyerong dan bubuh hormon penggalak akar untuk mempercepatkan pengakaran. Anak benih pokok tin yang berumur 12-15 tahun dalam semaian sesuai untuk diubah keladang.


Penanaman pokok tin secara tradisional lazimnya hanya diletakkan dikawasan tanah kosong. Bagaimana pun penanaman komersil ditanah kosong adalah dengan jarak 4m x 4m memberikan kepadataan sebanyak 625 pokok sehektar (Lihat foto sebelah). Sistem penanaman dengan jarak 1.85 m x 7.5 m atau 3m x 4m juga boleh dibuat bergantung kepada varieti dan kesuburan tanah. Sebaiknya benih yang baru ditanam dibuat sungkupan dengan pelepah pokok palma agar mudah tumbuh. Pokok tin lazimnya mula berbunga dan berbuah kurang dari satu tahun selepas ditanam. Baja NPK dengan formula 10-30-10 atau 10-20-20 boleh diberikan mengikut umur pokok iaitu kadar 60 g sepokok pada pokok muda dinaikkan kepada 100 g sepokok apabila dewasa. Tambahan baja mikro sebanyak 60 g sepokok diberikan setiap 6 bulan sekali. Ketika musim hujan pastikan air dapat dikeluarkan dengan membina parit agar akar pokok tidak tenggelam dan akan menyebabkan pokok mati. Lazimnya pokok tin akan berbuah dan bertahan sehingga 12-15 tahun lamanya sebelum diganti dengan tanaman baru. 
Artikel akan bersambung pada Part -3. Wallahualam!

TANAM POKOK TIN...DIKAWASAN MANA...
IKLIM KERING.. HUJAN GANGGU DIA...
BENIH DIPEROLEHI... KERATAN SAHAJA...
TAK SAMPAI SETAHUN..BERBUAH DIA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(20 JamadilAwal 1434H)
Ada usaha tanam figs di Malaysia - teruskan.