Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan logo dan buku garis panduan Skim Pensijilan MyGAP membabitkan penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik (SALM), Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan Skim Amalan Ladang ternakan (SALT). Penjenamaan semula sijil berkenaan bagi memudahkan pelaksanaan pensijilan berasaskan Amalan Pertanian Baik (GAP) dengan adanya satu pensijilan. Ia memudahkan dan menggalakkan penerimaan pengguna terhadap produk keluaran skim ini memandangkan ia menggabungkan subsektor tanaman, ternakan dan akuakultur di bawah satu jenama iaitu MyGAP. Penyempurnaan majlis pelancaran logo dan buku garis panduan itu dilakukan Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Program Bulan Khas Buah-Buahan 2013 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di Wisma Tani, Putrajaya, baru-baru ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Persijilan MyGAP yang dirujuk kepada beberapa laporan daripada MOA dan laporan akhbar untuk dijadikan bahan rujukkan.
SEJAK kecil, kita sering diingatkan manfaat sayur-sayur hijau. Ia menjadi menu wajib seharian bagi memperoleh gizi yang seimbang dalam diet seseorang. Mengikut aras piramid makanan, sayur terletak dalam kategori kedua yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Pengambilannya sama penting dengan buah-buahan yang perlu dimakan sebanyak tiga hingga lima hidangan sehari. "Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Disebabkan itu, saya menekankan pengambilan sayur dan buah-buahan. Walaupun kadangkala mereka cuba mengelak, saya akan pastikan setiap hidangan sayur dan buah akan dihabiskan," ujar Salina Haiza Ibrahim, 35, yang ditemui ketika membeli kelengkapan dapur di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bagaimanapun, timbul keraguan dalam diri suri rumah sepenuh masa itu apabila mengetahui bahawa sesetengah hasil tanaman mengandungi kepekatan kimia yang amat tinggi. "Saya ada terbaca dalam akhbar baru-baru ini, ada peladang yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan racun serangga dan baja secara berlebihan," kongsi Salina.
Kebiasaannya, ladang-ladang pertanian komersial banyak menggunakan racun serangga perosak atau racun haiwan perosak dan baja kimia. Ia dipercayai dapat menghapuskan haiwan perosak dengan cepat seperti belalang, kumbang dan ulat. Di samping itu, ia dapat meningkatkan produktiviti hasil tanaman mereka berlipat kali ganda. Antara contoh racun serangga perosak yang banyak digunakan ialah racun paraquat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Ia dijual untuk kegunaan pertanian dan domestik. Kesan racun serangga perosak dipercayai menyebabkan kerosakan pada organ dalaman. Mereka yang terdedah kepada bahan kimia ini berdepan masalah kerosakan kekal fungsi ginjal, paru-paru, kemandulan dan kematian.
ISMAIL Sabri (kanan) melancarkan logo dan buku garis panduan Skim Pensijilan MyGAP sambil diperhatikan Mohd Hashim. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi FAMA Tan Sri Badaruddin Amiruddin, Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak dan Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Operasi) Sharifah Hashim. Ismail Sabri berkata, GAP adalah amalan pertanian yang menekankan aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial. GAP bertujuan untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti. GAP juga sudah diterima pakai oleh kebanyakan negara di dunia dengan akronim GAP. Penjenamaan semula skim pensijilan sedia ada iaitu skim (SALM) bagi subsektor tanaman, SPLAM bagi subsektor akuakultur dan skim SALT bagi subsektor ternakan kepada MyGAP salah satu inisiatif di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik- Persaingan, Standard dan Liberalisasi (SRI-CSL). Beliau berkata, penjenamaan semula memudahkan laluan pasaran ke luar negara melalui inisiatif ‘laluan hijau’. “Ia juga mengelakkan kekeliruan pengguna dan pengusaha kerana perkataan GAP lebih komersil. “Selain itu, memudahkan dan mengurangkan kos promosi memandangkan pengguna sudah mengetahui secara meluas berkaitan produk GAP,” katanya.
Penjenamaan semula ini, katanya, diyakini mampu meningkatkan jumlah ladang yang akan mendapat taraf pensijilan, sekali gus meningkatkan daya saing produk pertanian keluaran negara di peringkat antarabangsa. MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan. MyGAP dilaksanakan berdasarkan piawaian Standard Malaysia (MS). MS 1784:2005 Crop Commodities-GAP digunakan untuk modul sektor tanaman, MS 1998:2007 bagi Amalan Akuakultur Baik serta MS 2467:2012 untuk modul sektor akuakultur, manakala MS 2027:2006 untuk sektor ternakan. Ismail Sabri berkata, sebagai panduan kepada pegawai pelaksana dan pemilik ladang yang bakal membuat permohonan bagi mendapatkan pensijilan MyGAP, Garis Panduan Skim Pensijilan sudah dibukukan. “Ia akan menjadi satu medium komunikasi dua hala di antara pihak kementerian dan jabatan dengan golongan sasar. Skim yang diperkenalkan ini diharap mampu meningkatkan kualiti produk pertanian yang dihasilkan dalam negara untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Sehingga kini 636 ladang sudah mendapat pensijilan MyGAP bagi sektor tanaman dan 1,701 pula sudah mendapat pensijilan bagi sektor ternakan, manakala 24 ladang akuakultur mendapat pensijilan ladang bagi sektor akuakultur. Antara hala tuju termasuk meningkatkan bilangan ladang yang mendapat pensijilan MyGAP bagi menggalakkan pengeluaran produk pertanian berkualiti dan selamat dimakan untuk kegunaan domestik serta eksport. Meningkatkan kesedaran dan permintaan pengguna terhadap produk pertanian berkualiti dan selamat dimakan serta mempunyai logo MyGAP, selain meningkatkan daya saing produk pertanian Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia juga menjadi penanda aras dengan skim pensijilan GAP antarabangsa seperti ASEAN GAP dan GlobalGAP.

AKHBAR KOSMO
Pastikan sayur, buah selamat dimakan
Oleh HAFIZ AHMADKebiasaannya, ladang-ladang pertanian komersial banyak menggunakan racun serangga perosak atau racun haiwan perosak dan baja kimia. Ia dipercayai dapat menghapuskan haiwan perosak dengan cepat seperti belalang, kumbang dan ulat. Di samping itu, ia dapat meningkatkan produktiviti hasil tanaman mereka berlipat kali ganda. Antara contoh racun serangga perosak yang banyak digunakan ialah racun paraquat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Ia dijual untuk kegunaan pertanian dan domestik. Kesan racun serangga perosak dipercayai menyebabkan kerosakan pada organ dalaman. Mereka yang terdedah kepada bahan kimia ini berdepan masalah kerosakan kekal fungsi ginjal, paru-paru, kemandulan dan kematian.
LADANG TZ Agro Riyadh Enterprise merupakan antara syarikat yang mempunyai sijil MyGAP. Situasi ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan malah turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Dalam membantu pengguna, satu garis panduan perladangan telah dilakukan pada Ogos lepas. Ia dikenali sebagai Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) yang bertujuan memastikan peladang menggunakan racun serangga perosak dan baja kimia secara terurus. Piawaian ini meliputi menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan. Logo MyGAP akan dapat memberikan peladang yang memiliki sijil MyGAP meletakkan pelekat atau pembungkus plastik yang mempunyai logo MyGap di atas hasil tanaman mereka. Setiap sayur-sayuran atau buah-buahan yang mempunyai logo MyGAP dijamin ciri-ciri keselamatannya memandangkan peladang yang ingin mendapatkan pengesahan perlu melalui beberapa saringan ketat.
Ironi, tidak ramai yang mengetahui kewujudan MyGAP yang merupakan penjenamaan semula kepada Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). Ketika membuat tinjauan di pasar raya besar sekitar ibu kota baru-baru ini, kebanyakan pengguna yang ditemui kurang jelas dengan logo MyGAP yang terdapat di sayur-sayuran. Mereka hanya mengambil mana-mana sayuran yang diingini tidak kira ia mempunyai pelekat MyGAP atau tidak. Jaminan keselamatan kepada pengguna akan diperolehi. "Sejujurnya, saya memang tidak tahu maksud dan kewujudan logo tersebut. Mungkin penjelasan secara terperinci perlu diberikan memandangkan ia memberi kesan kepada keselamatan dan kesihatan pengguna," ujar Salina. Pengusaha ladang TZ Agro Riyadh Enterprise, Noor Hartini Derapi, 35, berkata, masih ramai pengguna yang tidak menyedari kepentingan sayur atau buah-buahan yang mempunyai logo MyGAP. "Ketika berniaga di pasar tani, kami terpaksa memberi penerangan tentang kebaikan membeli sayur atau buah-buahan yang mempunyai lambang MyGAP disebabkan pengetahuan mengenai perkara itu masih belum meluas.

PRODUK yang mempunyai sijil MyGAP dijamin selamat untuk dimakan kerana ia telah mengikut piawaian yang ditetapkan. "Sebenarnya, mereka tidak perlu risau tentang harga kerana kebanyakan hasil tanaman dijual sama seperti produk lain," ujar Noor Hartini ketika ditemui di ladangnya yang terletak di Serdang, Selangor. Bezanya, tambah Noor Hartini, produk di bawah MyGAP mempunyai jaminan keselamatan dari segi penggunaan racun dan baja yang terkawal. "Selama dua tahun mendapat sijil MyGAP, ladang kami selamat daripada sebarang pencemaran. Serangan serangga perosak dapat dikurangkan melalui sistem racun dan baja yang sistematik," kata Noor Hartini yang mengusahakan ladang tersebut bersama rakannya, Zulfa Zamzam, 37. Mengusahakan tanaman Rock Melon, Zulfa menjelaskan, sistem yang digunakan sangat terurus, mesra alam dan tidak perlu menyembur racun atau baja secara konvensional. "Baja dibancuh dalam sebuah bekas kecil sebelum dituang ke dalam bekas besar yang akan menghantar bancuhan tersebut melalui sistem perpaipan. Ia akan disalurkan terus kepada tumbuhan-tumbuhan tersebut," ujar Zulfa. Dalam memastikan produk tanaman di bawah MyGAP mendapat perhatian yang lebih meluas, Zulfa berpendapat, pihak berkaitan perlu menjalankan promosi dan penerangan kepada masyarakat umum. Informasi tersebut dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan sumber makanan mereka. "Selain itu, peladang-peladang juga harus diberi penerangan mengenai kebaikan MyGAP. Mungkin ia masih belum dikuatkuasakan, maka mereka terus mengambil remeh perkara itu," katanya.
PERSIJILAN MYGAP...APA DIA...
JAMINAN KUALITI...LOGO ADA...
PERLU DIPOHON...DIPERIKSA...
BAGAIMANA CARA...BERTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(29 Safar 1435H)
No comments:
Post a Comment