BUAH DELIMA (Punica granatum) merupakan sejenis buah daripada keluarga Lythraceaae yang berasal daripada kawasan Timur Tengah. Buah ini lebih popular dikalangan masyarakat dunia dengan nama Buah Pomegrante iaitu sejenis buah yang dianggap buah kuno yang ada hubungkait dengan bentuk keagamaan. Kawasan paling sesuai untuk penanaman dan pembiakan buah delima sebenarnya adalah disekitar Mediteranean. Pada masa ini selain kawasan Mediteranean, pokok delima banyak ditanam di Selatan China, India, Afrika Utara, USA (Arizona) dan juga di kawasan Asia Tenggara. Saya mengenali tumbuhan pokok delima yang lazimnya ada ditanam di beberapa pusat pertanian dan dikeliling kawasan rumah sebagai pokok hiasan dan hasilkan buah delima untuk kegunaan sendiri. Kajian dari laporan statistik Jabatan Pertanian tidak ada melaporkan keluasan dan pengeluaran buah delima di Malaysia tetapi penulis ada membuat anggaran sekitar 100 - 120 hektar CHE. Penulis juga belum menjumpai satu kawasan penanaman buah delima secara monokrop yang luas di Malaysia secara komersil. Artikel malam Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah 'ancient' iaitu Buah Delima untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.
Pokok Delima adalah jenis pokok renek yang tumbuh menegak dengan mempunyai cabang dan ketinggian diantara 5 - 8 meter. Saya lihat bentuk pokok mempunyai cabang yang agak menegak atau melempai dengan batang yang berkayu. Ia mempunyai ranting bersegi dimana ada banyak cabang yang mempunyai duri pada ketiak daunnya. Lazimnya dahan pokok adalah berwarna coklat ketika masih muda dan akan menjadi warna hijau gelap setelah tua. Daun pokok delima jika diteliti adalah jenis daun tunggal yang bertangkai pendek dimana susunan letaknya berkelompok. Dari segi bentuk helaian daun, ia adalah berbentuk lonjong sampai lanset dimana dibahagian pangkal daun tirus dan hujung daunnya agak tumpul. Dari segi ukuran panjang daun sekitar 1 - 9 cm dengan lebar daun 0.5 - 2.5 cm bergantung kepada umur pokok dan varietinya. Bahagian tepi daun lazimnya dikatakan rata dan urat daunnya adalah menyerong. Permukaan daun lazimnya berkilat dan agak sederhana tebal.
Bunga pokok delima adalah jenis tunggal dengan bertangkai pendek yang keluar dari hujung ranting atau dari ketiak daun yang paling atas. Dalam keadaan biasa, saya dapati terdapat satu sampai lima kuntum bunga dengan warna bunganya sama ada warna Merah, Putih atau Ungu mengikut varieti. Dikebanyakan kawasan tropika seperti di Malaysia, lazimnya pokok delima matang yang dijaga dengan baik akan berbunga sepanjang tahun. Bentuk buahnya bulat diantara bentuk buah lemon dengan buah anggur berukuran sekitar diameter 5 -12 cm seakan bentuk 'hexagonal'. Bergantung kepada spesis delima, warna kulitnya banyak ragam diantara warna seperti hijau keunguan, putih, coklat kemerahan sehingga warna ungu kehitaman. Setiap buah mengandungi banyak biji diantara 200 - 1,400 biji didalamnya. Saiz bijinya adalah kecil yang mempunyai bentuk bentuknya bulat panjang yang bersegi-segi agak pipih sepertii bentuk delima. Bijinya adalah agak keras dengan susunan yang tidak teratur. Kebanyakan warna biji buah delima adalah berwarna merah, merah jambu walau pun kadang-kadang ada yang berwarna putih.
Beberapa rujukkan menunjukkan terdapat lebih daripada 500 varieti pokok buah delima diseluruh dunia. Daripada jumlah tersebut hanya sebahagian kecil sahaja yang sesuai ditanam secara komersil untuk penghasilan buah delima. Sebahagian besar varieti delima adalah sebagai pokok hiasan atau ornamental sahaja yang ditanam dikawasan taman. Terdapat beberapa jenis pokok delima jenis renek iaitu Punica granatum var nana yang sesuai ditanam sebagai pokok bonsai dan diminati oleh peminat pokok bonsai diseluruh dunia. Penanaman pokok delima boleh menggunakan biji benih yang matang walau pun lazimnya penanam komersil menggunakan bahan tanaman vegetatif seperti kaedah keratan (Layering). Kaedah 'tut' lazimnya kurang berjaya untuk tujuan pembiakan. Artikel lanjutan berkaitan dengan buah delima adkan di bincangkan dalam Buah Delima - Part 2 (Klik disini). Wasallam!
BUAH BERNILAI...BUAH DELIMA...
POKOK RENEK... DURI DAHANYA...
BUAH KECIL...BANYAK BIJINYA...
BERKHASIAT...MAHAL HARGANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Stesyen Pertanian Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(9 Julai 2013)
.

No comments:
Post a Comment