Thursday, December 8, 2011

SIPUT GONDANG EMAS

SIPUT GONDANG EMAS (Pomacea spp.) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Siput yang merosakan tanaman padi di Malaysia. Mendengar namanya sahaja memang indah iaitu Gondang Emas...seolah-olah sesuatu yang berharga dan nilainya tinggi jika di jual dipasaran. Siput ini dipercayai berasal daripada kawasan paya di Argentina dan Brazil di Benua Amerika Selatan merupakan perosak utama tanaman padi di beberapa negara seperti Jepun, Taiwan, Thailand, Filipina, Indonesia dan banyak lagi negara pengeluar padi. Penanam padi perlu kenal akan Siput Gondang Emas atau ringkasnya SGE kerana keujudannya mudah dilihat dengan mata kasar dan telurnya yang berwarna merah jingga mudah dilihat. Walau pun ada beberapa petani tempatan suka makan akan SGE ini tetapi kadar pembiakannya yang cepat tepap merosakan tanaman padi hingga tahap kritikal. Artikel malam ini saya menulis mengenai SGE untuk makluman bersama.


Kitaran hidup SGE adalah sangat mudah dan singkat. Biasanya SGE dewasa akan bertelur pada pokok padi dengan bilangan telur yang banyak dan berwarna merah jingga yang terang (Lihat foto sebelah). Telur SGE terdapat pada pokok padi, rumput dikawasan sawah, ranting pokok, dahan dan tiang-tiang jambatan atau sebarang permukaan keras diatas permukaan air. Siput SGE lazimnya bertelur pada waktu malam dimana cuaca sejuk dan tiada sinaran matahari. Kajian mendapati setiap longgokan telur mengandungi purata 500 biji telur. Kemampuan seekor siput SGE betina bertelur sebanyak 2,000 - 3,000 biji setahun. Kalau ada 1,000 ekor SGE betina berapa banyak telur mampu dihasilkan dalam setahun...JUTA biji. Telur ini akan menetas dalam masa 7-14 hari kemudian untuk menjadi anak tetas (atau senang disebut anak siput SGE). 


Anak tetas daipada telur SGE ini berukuran 2 mm selepas menatas dan mampu bergerak selaju 2-5 cm saminit serta sangat aktif bergerak. Anak tetas akan makan pokok padi sehingga berukuran 3 cmm panjang dan akan hidup selama 59-85 hari sebelum menjadi SGE dewasa. Biasanya pada ketika ini cengkerang siput akan berwarna coklat tua atau kuning emas dan mempunyai otot kaki untuk bergerak berwarna coklat tua atau kuning. Kajian saintis mendapati jantina siput SGE adalah berasingan dimana biasanya siput betina akan mula bertelur selepas berumur 2 bulan. Siput betina SGE mampu hidup sehingga 3 tahun jika tidak dikawal.  Paling kritikal adalah apabila siput gondang emas dewasa mampu hidup dalam lumpur pada sawah kering selama 6 bulan.


Di Malaysia khususnya di kawasan MADA terdapat 2 jenis SGE yang merosakan tanaman padi iaitu Pomacea canaliculata (berwarna keemasan) dan Pomacea incerlarus (berwarna kehitaman). Kedua-dua jenis ini merosakan tanaman padi dikawasan jelapang padi. Siput SGE merosakkan padi yang baru diubah kesawah atau yang baru di semai dimana pokok padi berumur kurang dari 21 hari.Serangan teruk akan berlaku jika paras air disawah melebihi 1 cm atau kawasan air yang dalam atau air yang bertakung. Tanda-tanda serangan mudah dilihat dimana akan kelihatan kehilangan rumpun-rumpun padi dan kelihatan daun anak padi terapong-apong diatas permukaan air (Lihat foto). Kajian juga menunjukkan serangan amat aktif pada waktu malam dan ketika fajar.


Kawalan siput SGE merupakan isu yang telah dibincangkan sejak dulukala kerana penggunaan racun tidak dibenarkan kerana membunuh hidupan dalam sawah yang lain. Diantara langkah kawalan yang disyorkan adalah memusnahkah telur-telur SGE yang dijumpai disekitar sawah dengan memungut dan memusnahkannya. Cara mengutip SGE dewasa disawah dan musnahkannya juga berkesan tetapi amat meletihkan. Ada yang memasang tiang kayu atau pancang dikawasan sawah dan mememusnahkan telur2 SGE setiap 3 hari sekali. Memasang jaring dilaluan air juga dapat memerangkap SGE dewasa dan anak tetas untuk dimusnahkan. Pengalaman saya di Sawah Endau, Mersing dengan melepaskan Itek mempu mengurangkan populasi SGE kerana itek suka makan siput SGE.


Beberapa teknik lain mengawal siput SGE adalah dengan meletakan kulit buah nangka, daun ubi kayu, kangkung , daun keledek dan lain-lain jenis daun sebagai umpan perangkap. Hidupan ternakan seperti beberapa jenis ikan seperti ikan keli dan ikan puyu juga mampu mengurangkan populasi SGE dalam sawah padi. Ada kaedah lain untuk kawal SGE iaitu dengan membuat kerja perataan permukaan sawah (Land levelling) agar paras air sekata. Menggali parit keliling sawah juga mampu diaplikasikan dalam kawalan SGE. Kajian juga mendapati jentera pembajak dan Jentera Jentuai PAdi adalah pembawa kepada penyebaran siput SGE diantara lot dan skim sawah. Jentera-jentera ini perlu dibersihkan setiap kali membuat kerja dikawasan yang telah diserang SGE. Akhir sekali cara mengamalkan sistem tanaman giliran antara padi dengan tanaman kontan lain mampu mengawal SGE.


NAMANYA INDAH...SIPUT GONDANG EMAS...
CEPAT MEMBIAK...MALAM HARI MENETAS...
SUKAR DIKAWAL....RACUN DILARANG KERAS..
KEHADIRAN SGE....PERLU BENTERAS...  


Related articles:
1. Siput Sedut (Klik disini)
2. Ikan Keli (Klik disini)
3. Itek Muscovy (Klik disini)
4. Ikan Puyu (Klik disini)
5. Weeds in paddy field (Click here)


By,
M Anem
Roon 715, Tandop Hotel,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(11 Muharram 1433)

No comments: